Kelab Seni Lukis Sek Tinggi Melaka 95/96
Dipimpin oleh seorang Presiden bersama dengan setiausaha, naib setiausaha, bendahari, naib bendahari dan empat orang ahli jawatankuasa, ia dapat prihatin seorang guru penasihat.
Ahli jawatankuasa bagi sesi 1994/95 telah dikekalkan menerajui pentadbiran Kelab Seni Lukis untuk tahun 1995/96. Objektif kelab ini adalah untuk memberi peluang kepada para penuntut sekolah ini mempelajari ilmu seni lukis dengan lebih mendalam dan terperinci disamping membantu mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berkualiti malah melatih mereka bersifat kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Kelab ini mengadakan perjumpaan pada setiap hari Rabu.
Pelbagai aktiviti telah dan bakal diadakan dan diantaranya ialah:-
i) Projek melukis mural pada dinding bangunan sekolah.
ii) Lawatan ke Muzium Budaya dan Muzium Belia untuk melihat karya seni.
iii) Membuat "back-drop" pentas Dewan Sekolah.
iv) Membuat kraftangan, contohnya anyaman dan batik.
v) Memberi sijil kepada ahli-ahli kelab yang aktif dalam kelab ini.
Akhir kata, kami AJK dan ahli-ahli Kelab ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat kami, yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Semoga Kelab Seni Lukis ini akan terus kekal di persada Sekolah Tinggi Melaka.
Insya-Allah. Kesenian Pemangkin Keceriaan.
Setiausaha.

Comments
Post a Comment