MHS RAGBI 1989
Latihan ragbi diadakan pada awal penggal kedua. Seramai 60 pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 menyertai ragbi. Latihan diadakan 3 kali seminggu buat permulaan untuk mengajar asas dan taktik permainan. 3 minggu sebelum perlawanan, pasukan bawah 18 telah memulakan latihan intensif yang diadakan sebanyak 5 kali seminggu di bawah jurulatih Tuan Haji Yaacob dan Chua Keng Leong.
Perlawanan persahabatan dengan Pasukan Renjer Simpanan Sungai Udang dan Sekolah Datuk Abdul Razak, Negeri Sembilan telah diadakan. Dalam perlawanan, M.S.S. Melaka, skuad sekolah telah mengalahkan Sekolah Menengah Teknik dan kalah kepada St. David. Prestasi permainan pada tahun itu lebih memuaskan daripada tahun-tahun yang lalu.
Pada tahun 1989, 3 pelajar telah berjaya mewakili skuad Melaka ke Pesta Ragbu M.S.S. Malaysia di Melaka. Mereka ialah;
1. Chua KL 2. Jaidi C 3. Zailey H
Mereka mengucapkan ribuan kasih kepada guru-guru penasihat dan jurulatih skuad sekolah dan bersyabas kepada ketiga-tiga pelajar yang berjaya mewakili skuad Melaka.
disediakan oleh Setiausaha Ragbi Sekolah Tinggi Melaka 1989 S I
Comments
Post a Comment