Kata Aluan-Aluan Lembaga Pengelola Sek Tinggi Melaka 1991

Saban tahun sidang redaksi Optimist tidak pernah melupakan saya. Sehubung dengan itu, saya berasa bangga dan jesteru itu mengucapkan terima kasih kerana berkesempatan sekali lagi memberi kata alu-aluan kepafa kelahiran Optimist kali ke 72 ini. Tahniah kepadasidang redaksi.

Optimist adalah satu-satunya media dan wadah penyampai maklumat daripafa dan kepada seluruh anggota keluarga STM. Atas dasar itulah terserlahnya perbezaan antara pencapaian masa lampau dan pencapaian masa ini. Optimist juga akan menjadi kayu pengukur kepada anak-anak didik yang akan datang.

Telah banyak yang saya tahu tentang perkembangan sekolah ini semua ke arah peningkatan yang membanggakan. Jatuh bangunnya prestasi sekolah bergantung kepada generasi STM sendiri.

Meliora Hic Sequamor, sesungguhnya menepati cita-cita STM. Semoga STM cemerlang selalu.


Dato' Hj. Tambychik bin Hj. Hassan
DKSJ., JMN., JP.
Lembaga Pengelola Sekolah, Sekolah Tinggi Melaka
1991.

Muka Surat 2 Majalah Optimist Isu ke 70, 1991

Comments

Popular Posts