Bakat Sukan Malacca High School 1993

Name: Heng K H
Usia: 17 tahun
Pencapaian:

  • Kejohanan Lumba Basikal Negeri Pahang - 22 hb. - 29 hb. Februari 1992, sebagai pelumba, tiada memenangi sebarang acara.
  • Sukan Malaysia 1992 Johor Bahru.
  • Klinik Basikal anjuran Persatuan Lumba Basikal Negeri Melaka - dijadikan sebagai pelumba contoh.
Saya mula bergiat dalam sukan ini sejak saya berada di tingkatan dua. Sebelum itu saya tidak mengambil bahagian dalam apa-apa jua sukan. Selepas saya menceburi sukan ini, saya bergiat mengikuti latihan yang ditetapkan. Pada mulanya, saya hanya menjalani latihan secara sendiri atau hanya mengikut rakan-rakan yang lain. Pada masa itu saya tidak begitu bergiat dalam sukan ini kerana saya akan menghadapi peperiksaan SRP yang akan menjelang.

Apabila saya berada di tingkatan empat, saya mula mengikuti latihan ini sebagai pelumba tetapi pada masa itu saya belum lagi menjadi seorang pelumba yang sah. Setelah beberapa kali menjadi pelumba sementara itu, saya telah dicalonkan sebagai seorang pelumba oleh pelumba yang 'senior'. Selepas itu, pemilihan dijalankan. Saya telah berjaya menamatkan acara pemilihan itu di tempat keempat dan dipilih sebagai wakil negeri.

Dengan yang demikian, saya telah dihantar ke beberapa perlumbaan dalam negeri. Kemudiannya saya telah dihantar ke perlumbaan di luar negeri. Perlumbaan pertama saya hadiri ialah Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Pahang. Walau bagaimanapun saya tidak memenangi sebarang acara.

Sekembali saya dari kejohanan itu, saya telah diberitahu bahawa SUKMA akan menjelang tidak lama lagi. Oleh itu, saya dan kawan-kawan telah bergiat menjalani latihan yang ditetapkan oleh jurulatih kami. Beliau adalah seorang jaguh lumba basikal kebangsaan masa lampau.

Tidak lama kemudian, satu pemilihan telah dijalankan. Saya telah menghadirinya dan berjaya menamatkannya. Dengan yang demikian, saya telah berjaya dipilih sebagai salah seorang peserta yang akan dipilih ke SUKMA.

Selepas menjalani latihan di kampus UTM, iaitu tempat di mana segala atlit SUKMA menetap, saya telah ditimpa malang. Saya telah bertembung dengan sebuah van. Akibatnya, saya telah kehilangan beberapa batang gigi. Sehubungan dengan itu, acara saya telah dibatalkan. Saya hanya menjadi seorang permerhati.

Beberapa bulan selepas itu, saya telah dipanggil untuk ke Klinik Basikal anjuran Persatuan Lumba Basikal Negeri Melaka. Di sana saya telah dijadikan contoh sebagai seorang pelumba yang telah menghadapi segala pengalaman dan kepahitan.

Namun demikian, saya telah dihantar ke Perlumbaan Basikal Jelajah Malaysia di mana negara-negara jiran negara kita turut menyertainya. Saya hanya menduduki tempat ke 48 per 120 orang dlam ujian masa perseorangan. Di sana saya juga sempat menemui beberapa orang jaguh lumba basikal seperti M. Kumaresan, Kenneth Tan dari Singapura dan lain-lain.

Muka surat 155
Majalah Sekolah - The Optimist
Isu ke 72 Tahun 1993

Comments

Popular Posts