Hj. Ghazali Bin Uda Umar | The Optimist 1989



On Mobile
#SekolahTinggiMelaka

Saya ucapkan ribuan kasih kepada Sidang Redaksi Majalah 'Optimist 1989' keluaran ke-68 kerana memberi penghormatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah duar kata.

Ucapan tahniah dan syabas kepada semua ahli keluarga Sekolah Tinggi Melaka kerana menerokai banyak perkara. Sesungguhnya Sekolah Tinggi Melaka berfungsi sebagai institusi masyarakat dan memperlihatkan kepekaan kepimpinan sekolah ini dengan kehendak semasa.

Di antara iklim sekolah yang menggalakkan wujud di sekolah ini ialah terbinanya Sudut Professional 1988 yang menyediakan ruang kepada para pendidik membicarakan masalah pendidikan KBSM di sekolah ini.

Untuk menguji daya tahan fizikal para pelajar dan menarik minat mereka terhadap sukan, Litar Berhalangan atau Laluan PAH telah diwujudkan di sekitar padang sekolah ini. Begitu juga dengan projek koleksi sejarah Sekolah Tinggi Melaka telah diwujudkan sempena Negeri Melaka diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15.4.1989. Ini adalah kerana Sekolah Tinggi Melaka adalah sekolah yang kedua tertua di Malaysia.

Semua usaha ahli keluarga Sekolah Tinggi Melaka memperlihatkan kepekaannya dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak didiknya di samping mempertahankan serta memperbaiki tahap percapaian akademiknya.

Akhir kata, selama maju jaya dan di sini terdidiknya manusia.

Terima Kasih.

Haji Ghazali Bin Uda Umar KMN. AMP.
Pengarah Pendidikan Melaka

Muka Surat 1
Majalah Optimist 1989

Comments

Popular Posts