Epilog 1826

Sekolah Tinggi Melaka
kau tersenyum angkuh dan sinis 
menyambut kedatangan pelarian pelajar
memimpin jejakan kaki-kaki yang pantas kedadamu
meraikan kedatangan mereka
bersama arus zaman yang menggila
lantas
terjebaklah mereka
kekancah kehidupan yang menjanjikan eribu rebutan.


Sekolah Tinggi Melaka
kuntuk senyummu padat bermakna
melihat insan menangis dan ketawa di kamarmu
kau kian angkuh dengan nama yang kian harum
dan kini namamu
sering meniti diulas bicara cendikiawan
kerana
kejayanmu melahirkan anak bangsa yang rakus
mendabik dada di arena kehidupan.


Sekolah Tinggi Melaka
Walau embun jantan menitis terus
insan dikamar ini hebat berpesta bersama rangkulan ilmu
di bawah payung harapan yang belum pastinya
di bawah remang kota yang kian tenggelam
dan bersama degup jantungmu
kau semakin angkuh
kau tersenyum puas
menewaskan satu demi satu mangsamu
di tengah ombak kegagahan
yang tak gentar dan kenal
erti sebuah kegagalan.


Coretan:
Z AZ 89
U6A2

Comments

Popular Posts