Kelab Muzik Sekolah Tinggi

Kelab ini dipimpin oleh;

Guru-guru penasihat.
Presiden.
Naib Presiden.
Setiausaha.
Penolong Setiausaha.
Bendahari.
Pemain-pemain piano sekolah.

Kelab Muzik Sekolah Tinggi mengadakan perjumpaan seminggu sekali di dewan sekolah. Demi mencapai matlamat kami iaitu memperkenalkan seni muzik kepada pelajar-pelajar, beberapa aktiviti telah kami usahakan. Antara aktiviti itu ialah;

1. Sempena Hari Pasar Budi, kelab muzik telah menjalankan kegiatan " Song Request ".
2. Mengagihkan artikel-artikel berhubung muzik serta sejarah hidup beberapa ahli muzik yang terkenal.
3. Mengadakan pertandingan bakat muzik untuk mencungkil bakat ahli-ahli kelab.

Tidak ketinggalan juga, koir sekolah telah mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti untuk menimbulkan minat pelajar terhadap muzik. Antara kegiatian yang dijalankan;

1. Menyanyi sempena Hari Ucapan Sekolah yang dihadiri bersama oleh tetamu kehormat, Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Haji Arshad.
Lagu-lagu yang dinyanyikan ialah Lagu Sekolah, Hujan Emas dan Aku Anak Malaysia.

2. Menyanyi sempena Hari Perpisahan Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Rafie. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan ialah Auld Lang Syne, Lagu Sekolah dan Hujan Emas.

3. Menyanyi sempena Hari Guru Sekolah Tinggi.

Meliora Hic Sequamor
Vivian
Setiausaha

Comments

Popular Posts