Bekas Pengetua Tuan Haji Abdul Rafie bin Haji Mahat

Dilahirkan pada 3 Ramadan pada hari Khamis, malam Jumaat di rumah datuknya di Port Dickson.
Anak kedua daripada 6 adik beradik, putera tunggal dalam keluarganya. Anak-anak saudaranya menggelarkanya "Pak Unggal"

Didikan

Bersekolah di Sekolah Melayu Klebang Besar pada usia 5 1/2 tahun sehingga darjah 3.
Beliau tinggal dengan datuk dan neneknya di Port Dickson dan belajar di Sekolah Melayu selama setahun.
Terpilih memasuki Special Malay Class selama 2 tahun bersama 27 pelajar Melayu.
Lulus Senior Cambridge tahun 1963 dan kembali ke Melaka.
Pada tahun 1965-1966, menjadi guru pelatih di Sekolah Menengah Rendah (sekarang Sekolah Tun Mutahir) ketika berusia 9 tahun.
RTC, konteksnya adalah untuk mengajar dan berlatih. Pada tiap-tiap minggu (hari Jumaat, Sabtu, Ahad) dikehendaki menghadiri kursus untuk guru-guru RTC.
Pelajar-pelajarnya ada yang berusia 15 tahun sementara beliau berumur 19 tahun.
Lulus latihan RTC dan ambil peperiksaan HSC (sekarang STPM) dan lulus dengan cemerlang.
12 Mei 1969, memasuki Universiti Malaya sehari sebelum berlakunya 'Rusuhan Kaum 13 Mei '
Beliau berpendapat jika beliau mendapat kemudahan belajar sejak awal, mungkin dapat belajar di universiti lebih awal.
Azamnya, untuk mendidik anak-anak didik khususnya di STM supaya dapat belajar hingga ke universiti.

Kerjaya

Selepas mendapat Ijazah dari UM, menjadi guru di Sekolah Datuk Abdul Rahman Yaakop.
Mengajar Geografi, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Dinaikkan pangkat dari guru kelas menjadi Pemangku Penolong Kanan dan juga Pemangku Pengetua selama 3 bulan, ketika berusia 26 tahun.
Setelah berkhawin, beliau dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Pengelola Perpustakaan Sekolah-Sekolah di Kelantan dari tahun 1974-1977.
Dapat menimba pengalaman di samping dapat menanam minat membaca di kalangan para pelajar semasa berkhidmat.
Bersama pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran di Kelantan, beliau telah berganding bahu menubuhkan Perpustakaan Sekolah-Sekolah (PUSTAKA).
Menghadiri kursus mengenai Perpustakaan selama setahun.
Berkhidmat pula di Jabatan Pelajaran Melaka (Jabatan Pendidikan Melaka) dengan jawatan yang same seperti di Kelantan.
Bersama Pegawai Kementerian Pelajaran - mengasaskan Pesta Buku Melaka, tahun 1978 kini menjadi program tahunan Kementerian.
Pesta Buku yang pertama diadakan di Sekolah Tinggi Perempuan Melaka dan kemudiannya pesta ini diambil alih oleh Kerajaan Negeri.
Selepas 3 tahun, beliau dinaikkan pangkat kepada Jawatan Tingkatan Tertinggi.
Kemudian diarahkan menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Talib Karim dari 16.31982 sehingga 15.2.1985.
Kemudian menjadi pengetua di Sekolah Tinggi Melaka dari 16.2.1985 sehingga 31.12.1990.
Beliau bersyukur kerana telah dipilih mengetuai sebuah sekolah yang ternama di Malaysia dan ini merupakan satu cabaran kepada Putera Melayu.

Ketrampilan

Pemidato dan pembahas, mewakili sekolahnya dahulu iaitu Methodist English School.
Seorang pendidik yang mahir, mendidik dan memahami perasaan anak-anak didiknya dan cuba menyelesaikan masalah mereka.
Seorang pengtadbir yang cekap sehingga diberi kepercayaan menjawat pelbagai jawatan yang mencabar dalam usia yang masih muda.
Meminati bidan sukan dan setiap kegiatan sukan yang dipimpinnya pasti akan membuahkan kejayaa.
Seorang yang luas pergaulannya, bersopan-santun dan peka terhadap masalah-masalah rakan dan mempunyai vision (cita-cita masa depan) yang tinggi dan inilah yang menyebabkan beliau sering mendapat kerjasama daripada rakan-rakannya, menyebabkan apa sahaja kegiatan atau aktiviti yang dikendalikan membuahkan kejayaan.
Banyak membentangkan kertas kerja serta memberi pendapat yang bernas dalam seminar-seminar yang disertai.

Jawatan-Jawatan yang pernah disandangnya

Setiausaha Pertubuhan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia cawangan Melaka dari tahun 1981 - 198
5.
Presiden Pertubuhan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia cawangan Melaka dari tahun 1985 hingga 1991.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia - Pusat.
Naib Lembaga Dipertua PUSTAKAM.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Melaka.
Ahli Lembaga Bahasa Melayu dari 1986 - 1988.
Naib Presiden MAFA (Persatuan Bolasepak Melaka).
Ahli Jawatankuasa kepada pelbagai kegiatan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Melaka.

Lawatan sambil belajar

Menghadiri seminar di Perth pada tahun 1976 dan kursus di Sydney selama 3 tahun.
Pengalaman pendidikan daripada institusi-institusi pendidikan di Canberra dan Brisbane di Australia.
Lawatan sambil belajar ke Jepun pada tahun 1976, mendapat pengalaman berdialog dengan intelektual-intelektual di Australia.
Melawat sekolah-sekolah di Thailand dan Indonesia - menilai cara pendidikan mereka.

Anugerah

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kumpulan A (Negeri Melaka) - tempat ke - 3.
Anugerah Pingat Jaksa Kebaktian PJK daripada kerajaan Melaka pada tahun 1986.
Dianugerahkan perkhidmatan Cemerlang Kumpulan A oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Prinsip Hidup

Menerima semua orang sebagai insan dan tunjukkan bahawa orang Islam yang baik dan tidak meninggi diri tetapi sebaliknya menilai kelebihan yang ada pada orang lain untuk dijadikan panduan.

Nasihat Beliau

Dalam apa sahaja zaman dan dalam apa sahaja masa, hendaklah menjaga disiplin dan perhubungan yang baik antara sesama guru, sahabat dan masyarakat.
Kita hendaklah bersyukur, dengan apa yang kita ada dan cuba memperbaikinya untuk mencapai tahap yang lebih baik.
Anak-anak sekarang baiki cara berfikir. Kelebihan yang Tuhan beri hendaklah digunakan dengan sebaik-baik mungkin. Begitu juga kepada pentadbir sekolah, guru dan pekerja baiki cara berfikir.

Kata-kata hikmat

Ada perkara yang kita tidak boleh buat pilihan sebagai contoh ibu bapa tetapi ada perkara yang kita boleh buat pilihan seperti perlu banyak pemikiran yang baik iaitu talbiah dan pilihan yang kita buat akan menentukan tindakan kita yang berdasarkan sikap dan fikiran yang ada pada diri kita.

Pandangan terhadap STM

Dalam pengurusan ia merupakan simbol bersatu untuk mencapai hasrat bersama.
Wujudkan keluarga untuk 'tidak' beri perhatian kepada aspek pendidikan sahaja.
Untuk sesebuah sekolah maju setiap individu mestilah ada dalam diri masing-masing perasaan cintakan sekolah dengan mengadakan bentuk perjumpaan seperti General Assembly.

Ucapan Terakhir

Sentiasa mengharapkan agar STM sentiasa mengekalkan kegemilangan dan pelajar-pelajar dan para pendidik menggunakan kemudahan-kemudahan yang sedia ada untuk mendidik pelajar menjadi pemimpin masa depan dan murid-murid lama yang telah berjaya dalam semua aspek lapangan hendaklah dijadikan contoh dan perangsang.

Untuk mengingati beliau (Tuan Pengetua) sentiasalah mengingati orang yang sayangkan tempat bekerja, sekolah, anak-anak didiknya dan kecemerlangan itu sendiri.
"As a man who cares"

Page 81 The Optimist 1991 Isu ke 70

Comments

Popular Posts