Lembaga Pengawas STM 1996/1997

Guru-guru Disiplin:
En. Abdullah b. Osman
En. G. Ravindran
En. Abdul Karim Bohari
En. Mohd. Rashid b. Mohd. Sidek
En. Chan Kwang Chow
Cik. Tan Kim Guat

Ketua Pengawas:
Ronald Heng Aik Leong

Penolong Ketua Pengawas:
Pravin Peraba

Setiausaha:
Redzwan Nazly b. Razali Chong

Penolong Setiausaha:
Jonathan Fong

Bendahari:
Wee Lin Dee
Andrian Leong Tiam Ee

AJK:
Chandra Seykar
Sevugan a/l Alagappan
Darian Low Eng Swee
Chan Khan Wei
Lee Chiew Hong

Badan Pengawas Sekolah Tinggi Melaka merupakan salah satu komponen yang penting dalam sistem pentadbiran sekolah. Berfungsi sebagai suatu pasukan yang bertanggungjawab untuk menentukan bahawa semua peraturan sekolah dipatuhi dan suasana sekitar sekolah sentiasa terkawal.

Badan Pengawas sesi 1996/1997 mengambil alih tugas pada bulan Julai 1996 di bawah pimpinan James Tan Chin Heng. Unit badan pengawas juga terdiri daripada anggota-anggota Pengawas Muda yang lebih tertumpu kepada tugas mengawasi pelajar menengah rendah. Selain menjalankan tugas harian, Badan Pengawas juga turut membantu pihak sekolah dalam aktiviti gerak kerja luar seperti Hari Sukan, Merentas Desa, Hari Guru, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah dan sebagainya yang diarahkan oleh pentadbiran sekolah.

Walaupun, pelbagai masalah terpaksa kami harungi, namun kami sebagai Unit Pengawas amat berbangga di atas sumbangan yang kami berikan sepanjang tahun-tahun persekolahan di sekolah kesayangan kami ini. Kami juga berharap untuk meletakkan nama Sekolah Tinggi Melaka sebagai sekolah yang mempunyai tahap disiplin yang unggul.

Akhir kata, Badan Pengawas sesi 1996/1997 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Guru GPK 1 & 2, guru-guru disiplin dan guru-guru yang membimbing Badan Pengawas sepanjang perkhidmatan kami di sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
Setiausaha.

Muka Surat 10 Majalah Sekolah, The Optimist 1997, 76th Edition

Comments

Popular Posts