Hoki | 1984 Malacca High School



On Mobile
Guru-guru Penasihat:
En. P. Poonenderajah
En. Mohd. Nor Sulaiman
En. G. Ravindaran
En. Teja Singh Dhaliwal PJK

Pada tahun itu, pasukan bawah 18 kita hanya berjaya memasuki peringkat separuh akhir dalam pertandingan hoki MSSM dengan latihan-latihan dari En. G. Ravindaran. Keputusan-keputusannya adalah seperti berikut:-

STM dikalahkan oleh STSD 2-3
STM mengalahkan SMS 2-1
STM mengalahkan SMML(ACS) 3-1

Separuh akhir:

STM dikalahkan oleh SFI 0-2
STM mengalahkan SIS 4-0

Pasukan bawah 15 tahun pula telah muncul sebagai johan dalam pertandingan hoki MSSM. Pemain-pemain telah mendapat latihan daripada En. Teja Singh.

Keputusan-keputusannya adalah seperti berikut:-

STM mengalahkan SMGB 2-0
STM mengalahkan SMS 4-1

Separuh akhir:

STM mengalahkan SMS Masjid Tanah 4-2

Akhir:

STM mengalahkan SFI 1-0

Piala Dunia Remaja ke 3.

Dua penuntut sekolah ini iaitu Lim Chiow Chuan dan Tan Soon Seng telah dipilih untuk mengikuti latihan ini. Akhirnya, Lim Chiow Chuan dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Piala Dunia Remaja Ketiga.

Lee Yu Yoong, Tan Hock Seng dan Subashkaran telah mewakili negeri Melaka dalam kejohanan hoki kebangsaan bawah 23 tahun di mana Melaka muncul sebagai johan.

Tiga penuntut ini berserta dengan Lim Chiow Chuan telah mewakili Melaka dalam pasukan hoki bawah 18 tahun MSSM.

Tan Hock Seng juga telah mewakili negeri Melaka dalam pertandingan Piala Esso di Singapura.

Muka surat 85
The Optimist 63rd Issue 1984



Comments

Popular Posts