Scouting 1984 | Malacca High School



On Mobile
Kumpulan ini telah didaftarkan dibawah Pergerakan Pengakap Daerah Kota dan lebih dikenali dengan nama Kumpulan Kota Pertama dan Keempat. Pengakap sekolah ini berusia 59 tahun pada 1984.

Keahlian:
Pengakap: Ting 1-3 > 90 orang
Pengakap Putera: Ting 4-5 > 40 orang
Pengakap Kelana: Ting 6 > 30 orang

Pemimpin:
Pemimpin Kumpulan: Tan Khim Yong
Pengakap dan Pengakap Putera: Tn. Hj. Abdul Kader bin Md. Nor
Pengakap Kelana: En. Kumara Das/Cik Robiyah b. Abu

Penolong Pemimpin:
Penyelaras: Ong Pang Thye
Pengakap Putera: Lim Hock Sim
Pengakap: Goh Ah Ming/Low Chor Khiang
Ketua Troop(Pengakap): Vincent Low
Ketua Troop(Pengakap Putera): Vincent Chin
Ketua Unit(Pengakap Kelana): Yoong Siew Lee

Gerakerja yang telah dijalankan;

  1. Seramai 28 orang pengakap telah menghadiri kursus pertolongan cemas yang adakan oleh Persekutuan Pengakap Daerah.
  2. Seorang pengakap sekolah ini iaitu Perng Chong Hann telah berjaya lulus lencana Pengakap Raja.
  3. Satu projek menjual rantai kunci telah dijalankan untuk meningkatkan tabung pengakap sekolah ini.
  4. Tayangan Video telah diadakan. Hasil keuntungan didermakan kepada tabung 'mesin Buah Pinggang' sekolah.
  5. Pengakap Kelana juga telah mengadakan satu pertandingan bola sepak antara kelas untuk Tingkatan 6 Rendah.
  6. Pengakap Putera telah membuat lawatan ke Singapura dari 2hb hingga 6hb Disember 1983.
  7. Pengakap dan Pengakap Putera telah memberi khidmat mereka di ucapan Sukan Tahunan sekolah ke 135.
Kem Tahunan:
Satu kem latihan telah diadakan di Pantai Kundor dari 24hb hingga 26hb Februari dan telah dihadiri oleh 90 orang pengakap. Berbagai latihan telah diadakan untuk melatih pengakap-pengakap ini.
Di samping gerakerja-gerakerja khas yang disebut di atas, perjumpaan mingguan juga diadakan untuk setiap troop. Lawatan-lawatan telah dibuat ke Jabatan Telekom, MARDI, dan tempat bersejarah. Prof. Tan Wang Seng telah juga dijemput untuk memberi penerangan mengenai bidang Komputer Sains.

Muka surat 78, The Optimist 1984

Comments

Popular Posts