Sidang Redaksi Optimist 1989 Sek Tinggi Melaka
On Mobile
#Optimist
Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya kita sekali lagi dapat menatapi bersama majalah Optimist yang ke-68. Usaha-usaha menerbitkan majalah seumpama ini bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Dalam usaha menerbitkan majalah ini, kita perlukan kegigihan, ketekunan dan pengorbanan dari setiap anggota sidang redaksi.
Majalah sekolah diibaratkan sebagai satu nukleus yang memaparkan segala pencapaian seta kegiatan sekolah mahupun dari segi akademik ataupun ko-kurikulum. Untuk pengetahuan para pelajar dan guru-guru sekalian, walaupun kebanyakan sekolah menerbitkan majalah mereka hanya dua tahun sekali tetapi kami di Sekolah Tinggi Melaka masih lagi dapat mengekalkan imej dan tradisi sekolah dengan menerbitkannya pada tiap-tiap tahun. Sebenarnya, tradisi ini telah dimulakan oleh seorang pelajar yang ternama iaitu mendiang Tun Tan Cheng Lock.
Imej sesebuah sekolah itu adalah dicorakkan oleh pelajar-pelajarnya. Oleh yang demikian, sama ada Sekolah Tinggi Melaka dapat mengekalkan prestijnya adalah bergantung kepada kegigihan para pelajar yang masih berada di sekolah ini dan juga generasi akan datang. Kejayaan-kejayaan dan pencapaian dalam berbagai-bagai bidang oleh penuntut-penuntut pada masa lampau tidak seharusnya dimegah-megahkan sebaliknya harus dijadikan perangsang kepada pelajar-pelajar hari ini tunuk terus berusaha dengan lebih gigih lagi.
Pelajar-pelajar adalah harapan negara. Seorang ahli falsafah Greek pernah berkata, 'Semua orang yang telah berfikir dengan mendalam tentang senu pemerintahan manusia yakin bahawa nasib sesebuah empayar adalah terletak di atas pelajaran anak-anak muda.'
Oleh itu para pelajar sekalian, jadikanlah kejayaan dan kegagalan yang telah lalu untuk kita terus berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Sebagai megakhiri bicara, saya ingin mengucapkan ribuan kasih kepada semua pihak yang telah berusaha untuk menerbitkan majalah Optimist yang ke-68 ini terutama kepada guru penasihat kami.
Salam hormat dari seluruh anggota sidang redaksi Optimist 1989.
"Meliora Hic Sequamur"
Ketua Sidang Redaksi.
Muka surat 7, Optimist 1989

Comments
Post a Comment