#ChanYingTat


The eternal God is your dwelling place, 
And underneath are the everlasting arms.
Deuteronomy 33:27

Born on 14th November 1932
was called home with the Lord on 9th June 2016



“Terlebih dahulu izinkanlah saya untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Sidang Redaksi “The Optimist” kerana mempelawa saya untuk menyampaikan sepatah dua kata untuk majalah sekolah kita.
Saya masih teringat kepada edisi Optimist ke 57 yang mengandungi gambarajah rupabentuk bangunan dewan baru sekolah.

Namun ramai di antara kita masih tertanya-tanya bilakah masanya laungan-laungan pihak sekolah untuk membina dewan baru ini akan menjadi kenyataan.

Cita-cita ini memang telah menjadi satu kenyataan ini.

Bangunan Asrama lama, gelanggang tenis dan juga bilik Stor Sukan telah dirobohkan dan kini suara deruman jentolak dan mesin berkumandang di udara dan kadang-kadang hingga memekakkan telinga kita. Apa lagi kerja-kerja membina dewan baru telah mula.


Ini harus menjadi satu dorongan dan peransang untuk kita semua menyinsing lengan dan bergerak cergas menyumbangkan derma seberapa yang boleh atau sekurangnya menyambangkan tenaga untuk meyertai projek mengutip derma. Kerja-kerja pembinaan dewan baru telah mula dan kita haruslah mara ke hadapan terus untuk mengumpul wang.

Setiap pelajar, guru dan pihak yang mencintakan kemajuan Sekolah Tinggi Melaka diharap dapat menyokong projek ini demi kepentingan anak-anak kita di masa hadapan.

Akhir kata diucapkan selamat bertugas kepada pihak Sidan Redaksi Optimist dan besarlah harapan saya agar keluaran majalah ini dapat kita bersama-sama menikmatinya menjelang akhir tahun ini.

Sekian”

Ditulis oleh seorang yang amat mencintai Sekolah Tinggi Melaka
1979

#ChanYingTat

Comments

Popular Posts