Kebudayaan India MHS

Pengerusi: V. Chandran
Naib Pengeruai: G. Ravi Shankar
Setiausaha: R. Shalini
Bendahari: R. Rajasegaran
Guru Penasihat: En. M.P. Renganathan/En. Kumara Das/En. K. Ramasamy

Jawatankuasa yang baru telah mengambil alih tugas mengadalikan persatuan ini pada bulan Jun 1981. Buat masa ini, persatuan kami mempunyai lebih kurang 70 orang ahli. Tujuan utama persatuan ini adalah untuk mengenalkan murid-murid India di sekolah kepada kebudayaan mereka yang kaya serta memupuk semangat kepimpinan dalam jiwa mereka.

Di antara projek-projek utama yang telah kami jalankan adalah:-

1. Penganjuran Perlawanan Hoki Tahunan Kelab Kebudayaan India. Piala pusingan M. P. Renganathan telah disampaikan kepada pemenang bahagian senior.

2. Jualan kad-kad Deepavali.

3. Tarian Kebidayaan India pada Hari Ucapan. Beberapa orang ahli dari Tongkatan 4 dan 6 telah berusaha bersama-sama bagi menjayakan projek ini.

4. Penganjuran satu perlawanan bola keranjang antara kelas. Perlawanan ini mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid sekolah.

5. Mengadakan mesyuarat sekali dalam setiap dua minggu. Kami telah menganjurkan beberapa kuiz dan pertandingan. Hadiah-hadiah telah diberi kepada mereka yang berjaya.

Kami ingin mengucapkan terimakasih kepada setiap ahli persatuan yang telah berusaha menjayakan projek-projek yang telah diadakan. Juga tidak lupa kami mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru penasihat kami, khasnya En. M.P. Renganathan kerana nasihat yang sungguh berharga.


Muka Surat 63
61st Issue 1982
The Optimist

Comments

Popular Posts