IKLAN DAN PENGARUH


Iklan adalah merupakan satu alat jual-beli yang digunakan oleh badan-badan perusahaan untuk melariskan di samping meluaskan lagi barang-barang keluaran mereka. Ia bukan saja digunakan oleh syarikat-syarikat terkenal tetapi ianya juga digunakan oleh pelabur-pelabur tempetan untuk mempopularkan lagi barang-barang yang lazimnya dianak titikan oleh masyarakat.
Iklan mengandungi berita-berita tentang gaya, fesyen, barang-barang keluaran baru, perkakas-perkakas baru dan kemudahan-kemudahan baru. Ia membawa berita dan mengarahkan kita di mana dan mengapa kita harus membeli sesuatu barang itu. Ia juga merupakan sumber maklumat tentang barang-barang keluaran baru dan membolehkan para pengguna memenuhi segala kehendak mereka tanpa bersusah-payah mencarinya.
Iklan yang mempunyai berbagai definasi adalah merupakan aspek penting bagi kejayaan sesuatu pihak di arena perniagaan baik bagi pihak individu mahupun sesebuah organisasi. Iklan disampaikan dalam berbagai-bagai cara. Pencipta-pencipta iklan biasanya menggunakan cara-cara yang tersendiri supaya isi penyampaian sesuatu iklan itu benar-benar dapat merasuki jiwa dan sanubari masyarakat khasnya masyarakat zaman maaterialis yang mudah terpedaya dengan kata-kata manis. Bagi pihak individu khususnya penjaja-penjaja yang sudah matang dengan kegetiran dan pahit maung hidup biasanya bergantung kepada laungan suara mereka yang lansing dan nyaring untuk mengiklankan barang-barang jualan mereka. Sementara itu setengah penjaja pula menggunakan loceng dan lain-lain alat bunyian untuk menarik perhatian orang ramai. Setengah syarikat dan koperasi mengiklankan barang-barang mereka dengan menggunakan poster-poster dan dengan mempublisitikan nama syarikat dan barang-barang keluaran mereka di ruangan-ruangan akhbar serta majallah-majallah. Setengah syarikat yang lebih berkemampuan mengiklankannya di pawagam-pawagam, telivesyen dan juga radio. Syarikat-syarikat besar yang telah maju sanggup menaja sesuatu rancangan hiburan yang diminati ramai dan juga menaja siaran terus-menerus yang dapat memberi peluang kepada rakyat disegenap pelusuk negara untuk sama-sama menyaksinya. Diradio, telivesyen dan pawagam-pawagam ianya disampaikan dengan cara lakunan, perbualan berbentuk muzikal dan juga nyanyian lunak yang diselangi oleh alunan irama berentak rancak atau sentimental yang sungguh menarik. Tidak ketinggalan juga banyak syarikat-syarikat kerajaan dan swasta yang mengedarkan kelendar dan buku catitan harian dengan percuma dan juga mengadakan tawaran istimewa semata-mata untuk melariskan lagi penjualan barang-barang mereka. Justeru itu, maka secara spontan ujudlah perlumbaan dikalangan peniaga-peniaga dan syarikat-syarikat.
Mencipta iklan bukanlah merupakan satu perkara yang mudah kerana untuk mempengaruhi orang ramai membeli sesuatu barang itu adalah merupakan satu masaalah yang rumit. Soal berjaya atau gagalnya sesuatu iklan itu bergantung kepada pengetahuan-pengetahuan yang terperinci tentang barang yang bakal diiklankan. Pengetahuan saikoloji memainkan peranan yang penting kearah penciptaan sesuatu iklan yang benar-benar berkesan. Disamping itu pengkajian tentang reaksi masyarakat umum terhadap iklan perlu diperhitungkan. Manusia mempunyai anika sifat-sifat tabii yang tidak berasaskan kepada pemikiran rasional dan lojik. Sifat-sifat kelemahan inilah yang dieksploitasikan oleh para peniaga bila mencipta iklan. Faktor "Daya Penarik" juga merupakan satu perkara yang penting. Wanita-wanita yang bertubuh gebu dan montok biasanya ditonjolkan didalam sesuatu iklan. Dengan ini menarik ramai lagi para pengguna khasnya kaum lelaki untuk membeli barang-barang keluaran mereka. Kedua-dua faktor inilah yang bertanggungjawab ke arah penciptaan iklan yang berkesan.
Iklan boleh mendatang banyak kebaikan khasnya kepada para peniaga. Apabila sesuatu iklan itu berjaya mencapai matlamatnya maka sudah pastilah para peniaga mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Mereka tentu dapat memperbesarkan lagi syarikat-syarikat mereka disamping menyemarakan lagi barang-barang jualan mereka. Dengan ini mereka akan dapat hidup dalam arus kemewahan material dan masa depan mereka akan bersinar gemerlapan. Pengguna-pengguna pula dapat mengetahui barang-barang yang ada di pasaran. Dengan ini mereka tidak akan dipedayakan oleh para peniaga yang setengahnya merupakan lintah darat bertopeng manusia yang sentiasa ingin menghisap darah para pembeli. Dari ini juga maka akan terjalinlah satu ikatan perpaduan yang erat diantara peniaga dan pengguna.
Dengan adanya iklan barang-barang tempatan dapat diperkenalkan di kacamata masyarakat dan negara asing. Kerajaan boleh melancarkan expo yang dapat memperkenalkan barang-barang tempatan ini dan dapat menghilangkan prasangka manusia terhadapnya. Apabila tercapainya matlamat ini maka akan bertambah kukuhlah ekonomi negara dan masaalah inflasi dan stagflasi yang membelenggu pembangunan negara tentu sekali bisa di atasi. Tukaran wang asing juga dapat dijimatkan.
Iklan juga tidak suci dari membawa berbagai implikasi buruk berbentuk sosialojikan mahupun berbentuk fenonima alam. Iklan dengan mudah sekali dapat meresap dan meracuni daya pemikiran manusia. Peniaga-peniaga seringkali memperalatkan kelemahan manusia dan mempergunakan taktik buruk dan kotor yang bisa memerangkap para pengguna yang laki. Gambar-gambar wanita yang 'sexy' dipamirkan diiklan-iklan lambat laun akan membawa kapada keruntukan ahlak khasnya kaum belia dan beliawanis yang masih mentah dalam mengharungi panorama hidup yang serba mencabar. Iklan rokok dan minuman keras dapat mempengaruhi daya pemikiran kaum pelajar dan ini jelas terbukti kerana ramai di antara kaum pelajar kita yang merokok dan tak kurang juga-ramai masyarakat kita yang terdiri dari penganut-penganut pelbagai ugama yang menghalalkan minuman keras yang boleh mengakibatkan kepada kerosakan kesihatan dan jiwa rohani yang baik. Mereka ini tidak lagi berpegang teguh kepada lunas-lunas ugama kerana meminum keras ditegah sekeras-kerasnya oleh ugama. Perkara di atas yang menjadi barah masyarakat kita dewasa ini boleh membawa kepada keruntukan ahlak juga dan lam kelamaan apabila keruntuhan ini berluasan akan menimbulkan bibit-bibit kehancuran dan seterusnya segala rancangan kerarah pembangunan sosial dan ekonomi akan punah tak berhaluan. Akhirnya, masyarakat kita akan tempang dan seterusnya bertukar menjadi masyarkat pincang. Ini sudah pasti akan menghitamkan identiti negara.
Gambar-gambar lucah yang dijadikan "daya penarik" akan membawa kepada perjuangan nafsu kebinatangan bagi setengah kaum lelaki dan akibatnya akan berluasanlah zina dan pencabulan kehormatan. Suri-suri rumahtangga yang mabuk dengan kebendaan akan mendesak suaminya membeli perabut-perabut dan kemudahan baru yang hangat diiklankan. Suri-suri rumahtangga ini akan membelanjakan wang dengan boros dan ekonomi sesebuah keluarga akan menjadi tidak stabil dan akibatnya akan membawa kepada keretakan sesebuah rumahtangga.
Dari hujah-hujah yang telah dikemukakan di atas dapatlah dirumuskan yang ikaln membawa seribu sinar kebaikan dan juga keburukan yang dapat mengubah cara hidup manusia. Jadi orang ramai hendaklah mengawal keinginan mereka supaya tidak mudah tergoda dengan kata-kata dan janji-janji manis yang kerap digunakan didalam sesuatu ikalan kerana ikalan adalah diibaratkan sebagai umpan yang senantiasa mengambil kesempatan untuk menjerat mangsanya yang terpedaya. Disamping itu adalah wajar bagi pengiklan-pengiklan untuk mereka satu bentuk iklan yang sesuai dan tidak melanggar nilai-nilai ugama dan kebudayaan. Iklan-iklan yang bersesuaian patutlah diperkembangkan penggunaannya. Kerana ia boleh memastikan ekonomi negara dan seterusnya boleh menambahkan keutuhan sesebuah negara khasnya negara-negara yang sedang giat dalam pembangunan.
AA 4 Science 2
Page 69 Optimist 1977

Comments

Popular Posts