Lawatan En. C.T Wade Ke Sek Tinggi

Nama: Encik C.T Wade
Jawatan:
1960-65 Pengetua Malacca High School
1966-70 Pensyarah di Maktab Perguruan Pulau Pinang
1970-72 Pensyarah di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor
1973-74 Pensyarah sambilan dalam bidang sains di Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Sains, Malaysia
1975 Bersara

Encik C.T. Wade tiba di sekolah ini pada pukul 11 pagi dengan diiringi oleh seorang peguam yang juga bekas pelajar sekolah ini iaitu Encik Ong BH. Mereka telah disambut oleh Pengetua Sekolah, Tuan Hj Mohammad dan beberapa orang bekas murid STM iaitu En. Teo HH, En. Leong HK, En. Rangga serta guru penyelaras Sains iaitu En. Chong YK. Mereka telah dibawa ke pejabat Pengetua untuk berbual-bual sambil menjamu selera.

Encik C.T. Wade telah dibawa mengelilingi kawasan sekolah untuk melihat perubahan-perubahan yang berlaku sejak beliau meninggalkan sekolah ini. Antara tempat-tempat yang dilawatinya ialah Bilik Warisan, Perpustakaan Tingkatan Enam, Bilik Profesional A dan Asrama Putera.

Beliau mengakhiri lawatannya pada pukul 1.00 tengahari. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik C.T. Wade kerana kesudian beliau melawat bekas sekolah yang pernah ditadbir olehnya.

Laporan oleh: Loo SC, Ong KY

Comments

Popular Posts