Kelab Seni Lukis

Pada pertengahan 1991, satu mesyuarat agung telah diadakan untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan juga melantik AJK baru bagi sesi 1991/92. Bilangan ahli telah ditambah. Perjumpaan diadakan seminggu sekali iaitu pada hari Selasa, jam 3.30 petang. Tetapi malangnya perjumpaan kelab ini bagi awal tahun 1991 terpaksa ditangguhkan kerana krisis air yang melanda negeri Melaka. Perjumpaan juga dikurangkan pada bulan puasa dan hari-hari menjelang peperiksaan.

Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 1991 adalah seperti berikut:-


  1. Penyediaan Hiasan Dewan untuk Konsert Hari Guru, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah dan juga Konsert Kebudayaan.
  2. Menghasilkan papan-papan tema yang berunsurkan keilmuan di bangunan-bangunan sekolah.
  3. Menghias dan menceriakan bilik Pendidikan Seni.
  4. Membaik-pulih mural di dinding-dinding bangunan sekolah.
  5. Menganjurkan peraduan melukis untuk semua pelajar S.T.M.
Akhir kata, kami bagi pihak Kelab Seni Lukis ingin merakamkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Guru-guru Penasihat serta pelajar-pelajar yang telah sama-sama menjayakan segala aktiviti kelab ini. Galakan dan dorongan yang telah kalian berikan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

"SENI ITU MENGASYIKKAN KERANA IA SATU KURNIAAN TUHAN"
"MAJULAH SENI UNTUK NEGARA"

ZZ AJK 
SI Naib Setiausaha

Comments

Popular Posts