AKTIVITI PENDIDIKAN KASIH DAN MESRA (LOVE & CARE) TINGKATAN SATU 1989
- Konsep: Kasih dan mesra adalah satu sifat hubungan yang berkualiti di mana pelajar itu merasakan yang ia sebahagian dari kumpulan dipunyai, diterima, dikasihi dan dihormati. Ini akan mewujudkan kemesraan, kejujuran, simpati dan memhami potensi pelajar.
- Matlamat: Mewujudkan pendidikan tulen dan pelajar bermutu. Selaras dengan falsafah 'Pendidikan Negara' iaitu ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
- Objektif: Mewujudkan keadaan di mana guru menggunakan amalan konsep kasih dan mesra dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dalam interaksi semasa berada di dalam dan di luar sekolah. Ini akan mewujudkan satu suasana sekolah yang harmoni dan seterusnya masalah disiplin dapat dikurangkan. Akhirnya pencapaian tahap kecemerlangan akan didapati.
- Jawatankuasa Pelaksanaan di Peringkat Sekolah;
- Pengerusi: Tuan Haji Abd. Rafie bin Haji Mahat - Pengetua
- Timbalan Pengerusi: Tuan Haji Mahmor bin Osman
- Setiausaha: Encik Bipinchandra, Encik Khoo AS, Encik Chong YK, Semua Guru Tingkatan Satu
- Wakil PIBG
- Wakil Murid
Program ini akan dilaksanakan melalui beberapa aktiviti yang telah dirancangkan.
4.1 Program Harian
4.1.1 7.45-8.00
Berhimpun di padang/Quad - diawasi oleh guru tingkatan dan guru bertugas.
Nyanyian lagu Sekolah.
Nyanyian lagu Negeri Melaka.
4.1.2 10.25-10.45
Berhimpun di Quad.
4.1.3 2.05
Sebelum pelajar balik pelajar digalakkan bersalaman dengan guru.
4.2 Program Minggu Pertama
4.2.1 31 Oktober 1988 Orientasi dan taklimat kepada pelajar-pelajar dari SRJK Banda Hilir yang akan memasuki Tingkatan 1 pada tahun 1989.
4.2.2 31 Disember 1988 Hari Pelancaran Program Didikan Kasih & Mesra. Pertemuan dan taklimat dari Unit Hal Ehwal Murid dan Pusat Sumber.
4.2.3 3 Januari 1989 Pengenalan kepada Peraturan Sekolah dan tata-tertib yang perlu diikuti.
4.2.4 4 Januari 1989 Penggunaan 'tanda nama' sementara mudah proses suaikenal antara pelajar.
4.2.5 4 Januari 1989 Menyanyikan lagu sekolah dan lagu-lagu patriotik.
4.2.6 5 Januari 1989 Menyanyikan lagu sekolah dan lagu-lagu patriotik. Taklimat penyelaras disiplin memperkenalkan pengawas sekolah.
4.2.7 6 Januari 1989 Pertemuan dan taklimat oleh Unit Kokurikulum-Kelab dan Persatuan.
4.3 Program Minggu Kedua-Keempat
4.3.1 9 Januari 1989 Taklimat oleh Setiausaha Sukan dan mengenalpasti pelajar yang berpotensi dalam kegiatan sukan.
4.3.2 10 Januari 1989 Mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kelas pada peringkat awal.
4.3.3 Lawatan ke bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah.
4.3.4 Mencungkil bakat pelajar melalui aktiviti pembelajaran dan kokurikulim.
4.3.5 Mengenal guru Sekolah Tinggi Melaka dan pekerja sekolah-proses mengenal mesra keluarga sekolah.
4.4 Aktiviti Jangka Panjang:
4.4.1 Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan sama ada moral, perasaan dan material. Pengenalan sistem profil.
4.4.2 Mengadakan lawatan ke rumah pelajar bila perlu.
4.4.3 Mengadakan permainan-permainan yang berorientasikan perpaduan.
4.4.4 Melukis poster dan ditampal di sekitar sekolah poster yang berunsur cintakan sekolah.
4.4.5 Mengadakan pameran hobi - mencungkil minat pelajar.
4.4.6 Hari bakat - di mana bakat yang dicungkil pada peringkat awal diketengahkan.
4.4.7 Memberikan tanggungjawab kepada pelajar yang pada peringkat sekolah rendah pernah memikul tanggungjawab - mewujudkan keseimbangan pengiktirafan/penghargaan.
4.4.8 Penubuhan 'Majlis Tingkatan Satu' di mana ketua-ketua tingkatan satu akan berbincang mengenai hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar.
4.4.9 Mengadakan lawatan sambil belajar - untuk mengenali Negeri Melaka secara dekat.
4.4.10 Pelajar dikehendaki memakai talileher sekolah pada 18hb. dan 26hb. tiap-tiap bulan. Ini untuk menanamkan kecintaan kepada sekolah. Tarikh dipilih kerana mengingati tahun sekolah ditubuhkan.
5 Penilaian/Pengesanan:
5.1 Pengesanan - Kejayaan pelaksanaan dapat dikesan melalui;
5.1.1 Pengesanan diri pelajar melalui
-temukenal dengan pelajar
-permerhatian sikap pelajar
5.1.2 Pengesanan suasana
-bilik darjah - meliputi aktiviti pembelajaran kebersihan
-kawasan sekolah dan amalan sopan-santun
5.1.3 Integrasi Kaum
-dalam kelas
-waktu rehat
-aktiviti sukan
-kegiatan kurikulim
5.1.4 Pengesanan bakat melalui;
-kegiatan akademik
-kegiatan sukan
5.2 Penilaian - satu soal selidik akan dibuat pada akhir bulam pertama (Januari 1989).
Soalan-soalan berdasarkan:
5.2.1 hubungan pelajar dengan keluarga
5.2.2 hubungan pelajar dengan pelajar
5.2.3 hubungan pelajar dengan guru dan kakitangan sekolah
5.2.4 hubungan pelajar dengan sekolah.
Soalan yang sama akan dikemukakan pada penghujung tahun untuk perbandingan.
Comments
Post a Comment