150 Tahun Sekolah Tinggi


Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak sekolah ini mengundang saya untuk menulis pra kata di dalam majallah Cenderamata sempena 150 tahun tertubuhnya sekolah ini.
Sekolah Tinggi Melaka ini sebagai sebuah sekolah yang kedua tertuanya di negara ini pasti telah banyak menaburkan jasa bukan sahaja mengeluarkan ramai cerdik pandai tetapi juga menjadi pusat pelajaran yang penting yang mana mempunyai tradisi-tradisi yang tersendiri. Saya harap kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah ini di dalam lapangan akademik dan sukan akan terus dipertahankan dan dimajukan lagi.
Seratus lima puluh tahun adalah suatu masa yang lama dalam sejarah sesebuah sekolah. Sudah tentu sekali perkembangan ini adalah hasil dari kerjasama dari semua pihak yang berkenaan. Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengetua, guru-guru, murid-murid, ibu-bapa dan semua pihak yang telah berusaha tanpa mengenal penat untuk kemajuan dan perkembangan sekolah ini.
Akhirnya, saya ucapkan kepada semua pihak yang telah berusaha menjayakan penerbitan majallah Cenderamata sempena 150 tertubuhnya sekolah ini, semoga ianya akan menjadi panduan dan rujukan kepada generasi yang akan datang.
Tun Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan, Bekas Gabenor Negeri Melaka.
Converting Hard Copy to Soft Copy: Page 3 Optimist 1976.

Comments

Popular Posts