Erti Sebuah Persahabatan

Sahabat,


Yang amat pahit dalam kamus hidupku,
Ialah apabila kau meninggalkan diriku,
Membiarkan aku sendirian begini,
Tanpa rasa kudus simpati.


Sahabat,


Barulah aku tahu selama ini,
Aku hanyalah insan sementara,
Yang dipanggil ketika perlu,
Dan disingkir pabila jemu,
Kau biarkan luka di hati berdarah,
Dan kau robekkan sehingga parah.


Sahabat,


Demi "erti sebuah persahabatan"
Biarlah ku tanamkan tekad,
Selagi nyawa dikandung badan,
Selagi nadi ini berdenyut,
Selagi bintang-bintang berkelipan,
Selagi matahari memancar suria,
Akan ku buktikan padamu,
Bahawa tembok persahabatan ini,
Akan terus bersemadi di hati.


Oleh MFBI L6A1

Comments

Popular Posts