Remaja dan Cinta
Berbicara tentang soal cinta, pasti apa yang terbayang dalam fikiran kita ialah kisah percintaan Romeo dan Juliet, Mark Anthony dan Cleopatra, Qaisy dan Laila, Uda dan Dara serta Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang.
Kemudian, terbayang pula pertemuan asyik maksyuk, derita cinta, tinggal saudara, kehadiran orang ketiga dan pengorbanan cinta. Ini lah story board yang biasanya tergambar dalam mindset bila kita mengungkapkan pasal cinta. Kita sudah pun memiliki gambaran kekal bila sebut tentang keagungan cinta daripada Titanic yang tenggelam hinggalah Gunung Ledang yang menjulang.
Kemudian, terbayang pula pertemuan asyik maksyuk, derita cinta, tinggal saudara, kehadiran orang ketiga dan pengorbanan cinta. Ini lah story board yang biasanya tergambar dalam mindset bila kita mengungkapkan pasal cinta. Kita sudah pun memiliki gambaran kekal bila sebut tentang keagungan cinta daripada Titanic yang tenggelam hinggalah Gunung Ledang yang menjulang.
Di dalam dunia yang besar ini, cinta menjadi kebiasaan dalam bahtera hidup manusia, terutamanya kepada para remaja. Namun, jika menyoal apa itu cinta, memang tiada sesiapa pun yang dapat memberikan jawapan yang jelas dan tepat.
Remaja memang suka dan syok bermain cinta. Meski pun sebegitu ... , namun tidak ramai yang tahu menghargai cinta yang sebenar !
Kebanyakkan kisah cinta remaja kita pada hari ini tenggelam dalam lembah nafsu ! Kenapa cinta dicemuh begini ? Semuanya penularan budaya kuning yang menghalalkan pergaulan lelaki dengan perempuan yang tiada garis batasannya.
Bagaimana pula cinta dalam Islam ? Kadangkala disebut juga kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha, Nabi Sulaiman dengan Balqis, tetapi semuanya hanya sekadar menyebut nama tanpa mengetahui rupa sebenar cinta mereka ? Apakah prinsipnya ? Apakah pendekatannya ? Apakah sama erti 'rindu' yang disebut dalam cinta remaja kita ini ?
Apa itu cinta sebenar ?
Cuba kita renungi mutiara kata Dr. Hamka dalam mencari pedoman dalam bercinta. Katanya:-"Cinta ialah iradiah Tuhan, yang dikirimkan olehNya ke dunia supaya tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyeksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, is akan membawa kerosakkan. Tetapi, jika ia hinggap di dalam kalbu (hati) yang abiaz (suci), ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan, dan taat kepada llahi"
Cinta remaja kita memang berbeza dengan yang sepatutnya. Remaja menggunakan cinta untuk mencari kebahagian. Memang cinta akan mewujudkan kebahagian, keharmonian, dan keceriaan dalam hidup manusia. Tetapi, di mana kebahagiaan sebenar yang akan kekal lama dalam hidup kita ? Bila kita menyoal setiap yang sedang melamun cinta, kebahagian yang mereka dapat adalah melalui kata-kata yang diungkapkan, keluar bersama, melalui sentuhan, pelukan, malah ada yang sanggup bercium. Cubalah berfikir sejenak... Mengikut pandangan Islam, iaitu kenyataan Dr. Hamka dalam bukunya Tasawuf Moden, manusia memerlukan tiga syarat untuk mencari kebahagiaan yang sebenar. Tiga syarat yang dimaksudkan adalah kekuatan ilmu, kekuatan syawat, dan kekuatan marah. Syawat dan marah mesti berlutut di bawah kekuatan ilmu, sehingga tidak terjadi pemujaan syahwat dan kebuasan binatang pada diri kita. Apa itu "kekuatan syahwat" ? Perasaan kasih, sayang, benci, dendam, rindu, malu, takut, sedih, dan gembira yang dikatakan sebagai kekuatan syawat. Cinta tanpa dinafikan berputik daripada syawat semula jadi manusia. Tetapi, kita haruslah bijak membezakan cinta yang halal dan haram mengikut konteks agama.
Contohnya, Islam memang menghalalkan perhubungan cinta yang dibatasi dengan adabnya. Ini terbukti apabila Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah mengarang kitab yang membahaskan panduan menikmati cinta dengan cara yang halal bagi mereka yang berkasih sebelum memasuki bahtera pernikahan, iaitu kitab Raudhah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqiin (Taman Orang yang Bercinta dan Dataran Orang yang Berkasih). Kekuatan cinta yang sejati ada pada akhlak yang suci yang disemai bersama iman yang membara di hati.
Kenapa kekaburan ini terus mencemarkan cinta yang mulia ini ? Apakah cara-cara yang dapat mengukuhkan iman kita ketika bercinta supaya tidak terjerumus ke dalam lembah nafsu ? Salah satu jawapannya terletak dalam pemandangan mata kita. Kita haruslah mengawal pemandangan mata kita kerana pandangan yang tidak disengajakan boleh membawa isyarat syawat yang halus dan tersembunyi. Apatah lagi jika pandangan mata yang sengaja untuk memuaskan gejolak cinta.
Dalam sahih al-Bukhari diriwayatkan kisah al-Fadhi bin al-Abbas, sepupu Rasulullallah yang duduk bersama Nabi di atas untanya ketika perjalanan ibadat haji dari Muzdalifah ke Mina. Tiba-tiba, sekumpulan wanita yang lalu di hadapan mereka menarik perhatian al-Fadhi bin al-Abbas sehinggakan Baginda, Rasulullallah s.a.w. terpaksa membalikkan muka al-Fadhi ke arah lain. Rasulullallah bersabda; "Mata itu zina, memandang. Lidah itu zina, zinanya adalah perkataan. Kaki itu zina, zinanya adalah langkahnya. Tangan itu zina, zinanya adalah memegang. Hati berkehendak dan berkhayal sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakannya" (Riwayat al-Bukhari). Dalam Firman-Nya bermaksud:-"Katakanlah kepada lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kamaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." (Surah an-Nur, ayat 30-31) Selain itu, remaja kita terlalu mengikutkan budaya barat yang lebih terbuka.
"Semalam kita bertemu
Semalam jua kita bersua muka
Kau berikan janji manis
Kau semaikan kasih yang mesra
Lalu kita meraikan cinta baru bersemi
Tanda kasih mula berputik"
Begitulah bait-bait sajak yang dilafazkan oleh pasangan yang bercinta. Baris 'meraikan cinta' di sini merujuk kepada sambutan Valentine Day. Remaja perlu beringat di sini, menyambut Valentine Day boleh dikira hukumnya haram. Kenapa sebegitu ? Ia kerana, Allah s.w.t telah berfiman yang bermaksud "Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat"
Bagaimana pula menyambut Valentine Day boleh dikatakan sebagai satu langkah kepada zina ? Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas bertentangan dengan Islam. Islam melarang sama sekali penularan budaya barat yang memang seribu kali bercanggah dengan warisan kita, ke dalam cinta. Ini kerana nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud :- Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak"
Maka, cubalah kita sama-sama mencari dan memaham cinta yang halal, tiada membawa murka maha pencipta. Cinta - tiada apa-apa yang lebih indah daripadanya. Sebuah taman yang cantik, umpama syurga Firdaus, tempat anbia, syuhada dan solehin. Ia paling afdal dan paling tinggi. Berseri dengan haruman manis bunga-bunga yang mekar mengindahi taman kasih yang semulia Jannatul Maqamu wal-Qarar itu. Setiap satu bunganya adalah kalbu kita yang menyimpan pelbagai perasaan serta keinginan, dan titisan embun di atasnya adalah kasih seseorang yang bertakhta dalam kalbu kita. Cinta itu indah jika dihayati dengan hati dan dipimpin melalui akal. Untuk merasai nikmatnya, kita perlu memahami sejauh mana ungkapan tiu diterjemahkan melalui perasaan.
Comments
Post a Comment