Salam daripada Ketua Sidang Redaksi

Bersyukur kita ke hadrat illahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kita menerbitkan sekali lagi Majalah Optimist kali yang ke-70. Sesungguhnya dalam usaha menerbitkan majalah yang seumpama ini kerjasama yang erat di antara semua anggota Sidang Redaksi merupakan faktor utama bagi mencapai perspektif keluarannya yang lebih berkualiti dan bermutu.

Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh Sekolah Tinggi Melaka di sepanjang tahun 1991 ini sama ada dalam bidang akademik mahupun di dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini disebabkan terdapatnya kerjasama yang erat diantara pihak sekolah dengan pelajar. Kejayaan ini sudah tentu menjadi perangsang serta dorongan kepada pelajar hari ini dan akan datang, untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Di dalam mengharungi sistem pendidikan yang semakin mencabar, para pelajar seharusnya mempunyai sikap terbuka, sentiasa bersabar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi kejayaan dalam semua aspek, yang sering dengan "Wawasan 2020" seperti yang diimpikan oleh Perdana Menteri kita.

Sebelum mengunder diri saya mewakili seluruh anggota Sidang Redaksi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan Majalah Optimist kali yang ke-70 terutama kepada Guru Penasihat kami.

Sesungguhnya, segala kesilapan dan kecacatan adalah daripada kami. Oleh itu, saya memohon maaf kerana sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Salam hormat daripada seluruh anggota Sidang Redaksi.

MELIORA HIC SEQUAMOR


BB Ketua Sidang Redaksi.

Comments

Popular Posts