PERSATUAN EKONOMI S.T.M.

Ahli Jawatankuasa sesi 1988/89 ini telah dilantik pada penggal ketiga tahun 1988. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan ini ialah;

  1. Mengadakan Jamuan Perpisahan untuk ahli-ahli jawatankuasa sesi 1987/88.
  2. Membuat lawatan ke Bursa Saham Tan, Chow dan Loh di Melaka bagi mendedahkan para pelajar terhadap keadaan pasaran saham yang sebenar di samping meluaskan ilmu pengetahuan ekonomi.
  3. Membuat, menyusun serta mengedarkan soalan-soalan objektif STPM, Cambridge dan soalan tambahan kepada ahli-ahli.
  4. Menganjurkan kelas-kelas tambahan kepada ahli-ahli yang lemah dalam matapelajaran ini.
  5. Persatuan ini juga telah mengadakan kuiz ekonomi di antara kelas-kelas tingkatan 6 atas sastera pada bulan Jun, 1998. Ini diadakan untuk memilih peserta yang akan mewakili sekolah di dalam kuiz ekonomi antara sekolah-sekolah menengah.
Oleh itu, jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Terima kasih juga diucapkan kepada para pelajar yang telah memberikan kerjasama terhadap persatuan ini.

Comments

Popular Posts