LAPORAN KEJOHANAN RAGBI MSS MALAYSIA 1989

Kejohanan Ragbi MSS Malaysia 1989 telah diadakan pada 30hb. Julai, 1989 di padang Sekolah Tinggi Melaka dan negeri Melaka telah diberi penghormatan mengelolakan kejohanan ini bagi kali yang ke-9.

Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari, bermula pada 30hb. Julai hingga 2hb. Ogos, 1989. Seramai 5 orang murid (pelapor) dipilih untuk membuat liputan sepanjang berlangsungnya kejohonan ini dan kami telah dibantu oleh guru penasihat, guru komputer dan ahli-ahli kelab komputer. Tugas-tugas yang diberikan telah dijalankan dengan sempurna.

Dalam kejohanan yang berakhir pada 2hb. Ogos, pasukan dari negeri Sabah telah menewaskan Pasukan Kedah dan seterusnya mengekalkan kejuaran buat kali ke2. Sebanyak 22 orang pemain telah dipilih sebagai pemain berbakat.

Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada guru penasihat serta ahli-ahli Kelab Komputer yang sudi memberi tunjuk ajar dan kerjasama bagi menjalankan tugas sepanjang kejohanan ini.

Sentiasa Berkhidmat Untuk Sekolah dan Negara.

Comments

Popular Posts