Kelab Bimbingan dan Kaunseling

Kelab Bimbingan dan Kaunseling merupakan pusat sumber dan penyelarasan maklumat serta rujukan di sekolah. Maklumat lengkap tentang peluang pekerjaan, psikologi, dan segala yang berkaitan dengan perkembangan sahsiah pelajar disertakan. Selain itu, kelab ini juga merupakan satu pusat yang paling berkesan untuk menilai keberkesanan sistem pengurusan sekolah melalui luahan pelajar semasa sesi kaunseling.

Perkhidmatan yang diberikan:
1. Berorientasikan bimbingan penyelesaian masalah dari segi kerjaya dan sosial dengan beroperasikan bimbingan.
2. Perkhidmatan bersifat pencegahan dan pemulihan diadakan untuk menghindari pelajar daripada terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang meruntuhkan akhlak dan nilai-nilai kemanusiaan.
3. Melatih ahli-ahlinya menjadi ahli PRS.

Tujuan:
1. Memberi perkhidmatan kaunseling dari segi kerjaya dan sosial kepada pelajar yang memerlukannya.
2. Mewujudkan pengetahuan dan persepaduan psiko-fizikal pelajar.

Disediakan oleh
Setiausaha.

Guru penasihat: Tuan Haji Mohd. Rejab

Comments

Popular Posts