Asrama 1991 Sek Tinggi Melaka

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pertama sekali ingin saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Sidang Redaksi Majalah Optimist Sekolah Tinggi Melaka kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk menulis laporan bagi kegiatan-kegiatan penghuni asrama bagi sesi 1990/91. Ahli Jawatankuasa asrama bagi sesi 90/91 telah dilantik pada 15.2.90 dan melepaskan jawatan masing-masing pada bulan Jun 1991.

Sepanjang memegang jawatan, berbagai-bagai pembaharuan telah dilakukan untuk kemudahan penghuni. Pembaharuan-pembaharuan yang dijalankan ini dari segi kurikulum dan kokurikulum. Bersama-sama ini saya sediakan beberapa laporan tentang kegiatan asrama.

Kegiatan-kegiatan:-

Pencapaian akademik penghuni asrama agak memuaskan. Kejayaan yang dicapai oleh penghuni adalah hasil usaha mereka dan kesungguhan guru-guru pengawas asrama yang telah berusaha mengadakan kelas-kelas tambahan pada waktu malam, mengadakan bilik belajar yang baru dan lebih selesa. Selain itu, mereka juga telah berusaha menambahkan buku-buku pelajaran di perpustakaan, menambahkan kemudahan-kemudahan bagi membaiki sistem pelajaran dan mengadakan majlis-majlis untuk meningkatkan prestasi penghuni di dalam bidang akademik seperti mengadakan majlis sembahyang hajat dan bacaan surah Yasin di mana ianya disertai oleh para ibu bapa penghuni. Bersama-sama ini saya sertakan analisis keputusan dan senarai pelajar-pelajar terbaik di dalam peperiksaan SRP, SPM dan STPM bagi tahun 1990.

Sijil Rendah Pelajaran SRP
Analisis keputusan:
Pangkat A : 36 orang
Pangkat B : 1 orang
Gagal : 1 orang

Pelajar-pelajar terbaik:
1 Hider Abu Bakar
2 Rashidi Mohd Sabri
3 Mokhzaine Mohammad
4 Hamzah Karim
5 Deenoh Othman
6 Mohd Syahmi Mohd Lasa

Sijil Pelajaran Malaysia SPM
Analisis keputusan: Sains dan Sastera
Pangkat Satu : 15 orang
Pangkat Dua : 23 orang
Pangkat Tiga : 20 orang
S.A.P. : 2 orang

Pelajar-pelajar terbaik:
1 Mohd Ramnizar Ramli
2 Mohd Fazil Haji Osman
3 Mohd Rashidi Che Mat
4 Zaidi Embong
5 Md. Zin Abdol
6 Sharin Ahmad

Sijil Tinggi Persekolah Malaysia STPM
Analisis keputusan:
Lulus lima matapelajaran : 2 orang
Lulus empat matapelajaran : 1 orang
Lulus tiga matapelajaraan : 3 orang
Lulus dua matapelajaraan : 4 orang
Lulus satu matapelajaraan : 2 orang

Pelajar-pelajar terbaik:
1 Abd Rashid Hashim
2 Mohd Zamri b Baharom
3 Ahmad Rafikim Haji Kusni

2. Kegiatan Kokurikilim

Pada awalnya - kegiatan kokurikulum yang dijalankan tidak menghadapi masalah. Beberapa perlawanan telah diadakan antaranya penghuni asrama seperti:

1 Bola Sepak
2 Sepak Takraw
3 Bola Tampar
4 Badminton
5 Bola Keranjang

Selain itu, di dalam kejohanan antara Asrama-Asrama Negeri Melaka yang diadakan di Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah, para penghuni yang mengambil bahagian telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Terima kasih diucapkan kepada mereka. Di dalam kejohanan itu, mereka telah berjaya menggondol hadiah di dalam acara berikut:-

1 Bolah Sepak : Johan
2 Tarik Tali : Naib Johan
3 Karom : Ketiga

Pada awal tahun 1991, masalah kemarau telah berlaku. Segala kegiatan kokurikulim terpaksa dihentikan.

3. Disiplin

Disiplin penghuni asrama adalah pada tahap yang memuaskan. Disiplin telah dapat dijaga dengan baik hasil kerjasama antara guru warden dengan penghuni asrama.

4 Perkara Lain

Berbagai-bagai aktiviti telah diadakan sepanjang kami memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa asrama seperti:

a) mengadakan majlis gotong-royong membersihkan asrama.
b) Minggu Orientasi bagi pelajar-pelajar Tingkatan Satu.
c) membina kolam untuk memelihara ikan.
d) membina perigi bagi mengatasi masalah air.
e) membina kolam bagi menakung air.

Selain itu aktiviti-aktiviti keagamaan juga telah diadakan seperti:-
a) Bacaan Surah Yassin pada setiap malam Jumaat.
b) Kelas Mengai Al-Quran.
c)Sembahyang sunat Tarawih pada bulan Ramadhan.
d) Mengadakan majlis Qiamullail dan Kuliah Subuh.
e) Menjemput penceramah bagi sesi ceramah agama.
f) Menambah tempat mengambil wuduk.

5 Peristiwa-peristiwa

a) Majlis Jamuan Hari Raya Puasa dan Majlis Perpisahan Ustaz Ramly.
b) Majlis Makan Berkampung.
c) Majlis Perpisahan Ayahanda yang disayangi, Tuan Haji Abd. Rafie bin Haji Mahat.

Sungguhpun masalah kemarau yang melanda, telah banyak menyekat kelancaran aktiviti, namum dengan usaha yang keras dan gigih daripada guru-guru warden dan penghuni, semua aktiviti telah dijalankan dengan lancar. Dengan mengadakan aktiviti-aktiviti ini hubungan kekeluargaan antara penghuni, guru-guru warden dan para ibu bapa dapat dieratkan.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan menasihati semua penghuni asrama supaya menjaga nama baik asrama dan sekolah anda. Sedarlah bahawa ibu bapa dan guru-guru sentiasa mengharapkan kejayaan anda.

Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri untuk mengharumkan nama ibu bapa, guru-guru dan sekolah. Berusahalah bersungguh-sungguh di samping menghormati orang yang lebih tua daripada kita dan juga sesama rakan. Insya Allah, kejayaan akan bersama anda. Kepada guru-guru warden asrama, ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada kami kerana telah bersusah payah membantu kami tanpa mengenal erti penat lelah terutamanya ketika menghadapi masalah kemarau. Hanya Allah sahaja yang akan dapat membalas jasa anda semua.

Guru-guru Pengawas Asrama:
Ketua Warden:
Tuan Haji Ya'amah b Md. Deris
(Penolong Kanan HEM)
Setiausaha : Encik Abdullah bin Khamis
Warden Dalam :
Encik Jaheni bin Haji Sidek
Ustaz Nor Aizan bin Sukirman
Warden Luar :
Encik Mohd Rejab bin Abdullah
Tuan Haji Mohd Lasa bin Yahya

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Asrama:
Ketua Pengawas: Shahrin Azali bin Jamat
Penolong : Md. Jefri bin Jaafar
Setiausaha : Mohd Jafri bin Suboh
Bendahari : Masjuri bin Musa

Bilangan penghuni asrama pada masa kini : 300 orang.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Kapten Asrama,
Shahrin Azali bin Jamat

Muka Surat 70, 71 dan 72 The Optimist, Majalah Sekolah 1991 Isu ke 70

Comments

Popular Posts