Mohd. Jamil Mukmin Pengerusi PIBG STM

Kata Alu-Aluan

Setinggi-tinggi penghargaan kepada sidang redaksi Optimist kerana berjaya menerbitkan Optimist keluaran ke-70 dengan jayanya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sidang redaksi kerana memberi kesempatan di dalam ruangan ini.

PIBG sekolah dan pelajar seperti aur dengan tebing. PIBG telah, sedang dan akan menghulurkan sumbangan kepada keluarga STM. Sumbangan tidak boleh dibatasi dengan wang ringgit semata-mata tetapi pengorbanan buah fikiran dan jiwa raga dalam usaha membentuk dan melahirkan insan yang sempurna dan seimbang.

Di dalam apa juga kegiatan, PIBG kerap memberi pelbagai sumbangan. PIBG sebenarnya sebagai 'bapa angkat' kepada sekolah. Sumbangan daripada semua pihak nenentukan hari depan generasi STM yang lebih cemerlang. Wawasan 2020 akan tercapai sekiranya semua pihak prihatin terhadapnya.

Muka surat 3 Majalah Optimist ke-70 tahun 1991

Comments

Popular Posts