Pusat Sumber Umum Sek Tinggi Melaka 1991

Guru-guru penasihat:

En. Razali Baharom
Cik Kamisah Ibrahim
En. Tan Seng Yu
En. Sulaiman Kassim
Pn. Rozita Abdul Ghani
En. Husin Embi
Cik Lim Ming Hui
Pn. Saminah Jantan
Pn. Perng Huey Yunn

Ahli-ahli Jawatankuasa:

Presiden : Wong Wai Thong
Setiausaha : Simon Chen
Bendahari : Manimaran
Ketua Kumpulan :
Sivanathan Junior
Dharmendaran
Lim Chong Sing
David Yek
Yong Kheng Swee
Vishal Kumar

Ahli-ahli jawatankuasa bagi tahun 1990/91 mula berkhidmat pada bulan Julai 1990. Ahli-ahli jawatankuasa pusat sumber umum memberi khidmat demi kepentingan pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Melaka. Pengawas-pengawas baru diberi latihan intensif dalam mengendalikan perpustakaan agar mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan baik.

Pelbagai projek serta rancangan telah dijalankan sepanjang tahun 1990/91. Antaranya ialah jualan lambak atau 'Jumble Sale'. Aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan adanya sumbangan dalam bentuk buku, majalah dan sebagainya daripada guru-guru dan pengawas pusat sumber. Tayangan video yang telah dijalankan pada penghujung bulan Oktober bertujuan untuk mengisi masa lapang para pelajar yang telah tamat peperiksaan. Disamping itu ia bertujuan untuk mengutip wang agar projek-projek pusat sumber dapat dijalankan.

Semasa cuti penggal, pengawas-pengawas terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti membaiki buku-buku yang rosak, menyemak stok, membersih pusah sumber umum dan memproses buku-buku baru. Disamping itu, kami telah mengambil bahagian dalam Seminar Pengendalian maklumat anjuran Jabatan Pendidikan Melaka pada 20/10/90. Selain itu, kami juga telah mengendalikan beberapa jamuan sekolah.

Ahli-ahli Jawatankuasa 1990/91 telah menyumbangkan beberapa buah buku kepada pusat sumber umum. Pusat sumber Umum Sekolah Tinggi Melaka telah berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Perpustakaan Terbaik Seluruh Negeri Melaka yang telah diadakan sempena Ekspo Pendidikan Negeri Melaka.

Akhir kata, ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Umum ingin merakamkan terima kasih kepada guru-guru penasihat kami dan ahli-ahli jawatankuasa lama atas sokongan serta tunjuk ajar.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha, Simon Chen

Muka Surat 68 The Optimist Isu ke 70

Comments

Popular Posts