LAPORAN KAYAK
Kayak or 'Canoe' adalah sukan yang semakin popular di Malaysia. Sukan ini sesuai bagi golongan belia yang meningkat dewasa untuk mengatasi penyalahgunaan masa lapang mereka.
Salah satu kelab atau persatuan yang menganjurkan sesi latihan berkayak ialah Persatuan Rekreasi Negeri Melaka. Persatuan ini melatih anak-anak muda berkayak dengan harapan untuk menjadikan mereka pendayung yang terbaik di samping menaikkan semangat anak-anak muda agar tidak mudah putus asa, tabah, berani, cergas dan seorang yang berdisiplin. Persatuan ini juga telah mengadakan beberapa aktiviti yang mencabar semangat anak-anak muda seperti Ekspedisi Umbai-Port Dickson yang memakan masa berhari-hari. Di sinilah kita dapat melihat ketabahan anak-anak muda Malaysia mengharungi lautan yang penuh cabaran.
Kayak juga terdiri dari beberapa jenis dan bentuk yang tertentu untuk kegunaan di tempat-tempat yang tertentu, misalnya jenis "Sprint Master" digunakan untuk acara sukan lumba kayak yang dekat seperti 100m, 200m, 400m, 500m dan 1000m. Jenis ini tidak berapa sesuai digunakan di laut kerana mudah terbalik. Kayak yang sesuai digunakan di laut ialah kayak jenis "Super Touring" kerana sukar terbalik.
Kayak juga boleh digunakan untuk 'bersuka-sukaan' bersama keluarga atau kawan-kawan ketika di Taman Tasik atau berkelah di tepi laut. Sukan kayak ini juga tepat dengan perancangan Wawasan 2020 yang menginginkan rakyat Malaysia yang cergas dan sihat.
Disediakan oleh:
M. N.

Comments
Post a Comment