Perjuangan Masyarakat Madani



Semalam......
Kita bagaikan tetamu
Berlabuh di ruang kedaifan
Terlantar tanpa haluan
Kerana...... mendambakan suatu hiburan

Namun ...... ruang ini
Menjanjikan 1001 kemungkinan
Yang belum pasti
Untuk dijadikan tujuan


Hari ini......
Kita bebas dari kejahilan
Dari bergelumang dengan noda
Kerana telah kita temui
Sinar kebahagiaan
yang menjanjikan satu kehidupan
Pada kita generasi muda
Yang mengemis kasih dan sayang
Yang menagihkan simpati
Yang lehib mengerti......


Duhai anak watan
Bangkitlah dari lenamu
Bangunlah dari dunia khayalanmu
Kerana masih ada lagi
Realiti yang menanti


Demu satu wawasan
Demu sebuah kejayaan
Usah lagi kau berundur
Kerana selangkah kau mengorak
Sejuta harapan bercambah
Dan...... sebenarnya
Perjuanganmu masih belum selesai......


Hasil nukilan
K S M T (4KM A)

Comments

Popular Posts