Kesuraman Di Antara Sinaran



Biarlah ...
kepedihan tika ini dan semalam
berlaku ke daerah suram
terhanyut ke samudra iman dan kepasrahan
mengairi hati yang mistri
membasihi kanvas hati
tanpa insan yang mengerti.


Biarlah ...
bicara mu akan bicara mu
mengikut gerak hati membenamkan belati
dan bicara ku akan bicara ku
bertahan dalam genggaman cita yang diimpi.


Biarlah ...
tawa sinis mu terusan bergema
menenuni kepedihan seorang insan
kerana aku adalah aku dalam ketandusan ilmu
bernaungan ilmu yang kau hujani
dan akulah insan pencari
dalam gerak ke arah destinasi
dan kaulah pemberi jalan yang menyuluhi
dan bangkitlah aku di celah kesuraman dan sinaran mentari.


Illustrasi:
A. S.

L6A2

Comments

Popular Posts