Nota dari bekas Pengerusi PIBG STM


Tahniah kepada Sidang Redaksi kerana kejayaan menerbitkan majalah The Optimist siri yang ke 72. Terima kasih juga kerana peluang yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam ruangan ini.

Kita sepatutnya berasa bangga dengan penglibatan pelajar-pelajar di dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu bukan sahaja ia menjadi kenangan abadi tetapi juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan atau contoh kepada pelajar-pelajar lain.

Semakin hari kita semakin mara ke hadapan di dalam usaha untuk memburu kejayaan. Tetapi tidak semua usaha itu akan diakhiri dengan kejayaan seperti yang diharapakan. Tetapi mereka yang tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan itulah yang akan memperolehi kejayaan.

Tahniah kepada semua guru dan pelajar kerana kejayaan yang dicapai oleh STM baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Ini semua kerana adanya persefahaman, kerjasama dan komitmen daripada guru, pelajar serta ibubapa pelajar. Semoga kecemerlangan yang dicapai ini akan mendorong seluruh keluarga STM berusaha untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang pada masa yang akan datang.

PIBG Sekolah Tinggi Melaka akan sentiasa berusaha menjayakan sebarang program untuk meningkatkan infrastruktur sekolah sama ada dari segi fizikal, mental dan peronel demi masa depan anak didik dan ahli keluarga Sekolah Tinggi Melaka.

Akhir kata, semoga kita berusaha mengekalkan nama baik Sekolah Tinggi Melaka yang telah terbina dan terukir sejak 1826.


Sekian, terima kasih.



En. Mohd. Jamil B Mokmin
Pengerusi,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Tinggi Melaka
1993

Muka Surat 4 Isu ke 72 Malajah Optimist Sekolah Tinggi Melaka 1993

Comments

Popular Posts