Guru Besara Encik Low TW, Malacca High School

Pada 15hb September 1943, Encik Low EW telah dikurniakan seorang laki-laki bernama Low TW. Encik Low TW ialah bekas murid Sekolah Tinggi Melaka. Beliau adalah seorang ahli sukan dan kini berkhidmat sebagai seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri.

Pendidikan

En Low TW mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Banda Hilir dari tahun 1951 sehingga 1955.

Beliau melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Tinggi Melaka dari tahun 1956 sehingga tahun 1962.
Rumah Sukan beliau ialah St. Francis.

Pengetua sekolah semasa beliau berada di Sekolah Tinggi Melaka ialah Mr. A. Atkinson 1956, Mr. W. Gibson 1957, Mr. K. Kandiah/Mr. Ee Tiang Hang 1958, Mr. Ee Tiang Hang 1959 dan Mr. C.T. Wade dari 1960 ke 1962.

Dari tahun 1964 sehingga tahun 1969, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura. Dan pada tahun 1970 beliau ditauliahkan menjadi peguam bela dan peguam cara.

Sumbangan

Sepanjang persekolahan di Sekolah Tinggi Melaka, beliau merupakan seorang murid yang serba boleh di dalam kelasnya, pertubuhan dan di padang.

Beliau merupakan ketua pasukan bola sepak, naib ketua pasukan kriket dan juga 
naib ketua bagi pasukan hoki Sekolah Tinggi Melaka. Kejayaannya amat ketara sehingga beliau terpilih mewakili M.S.S. Melaka dalam pertandingan bola sepak, hoki dan kriket. Beliau juga mewakili pasukan M.S.S. Selatan Malaysia dan negeri Melaka dalam bola sepak bagi merebut piala Burnley, dan juga mewakili pasukan negeri Melaka dan pasukan M.S.S. Malaysia dalam pertangingan hoki. Pada tahun 1962, beliau dilantik sebagai naib kapten Sekolah Tinggi Melaka.

Walaupun beliau sibuk dengan bidang guaman tetapi beliau masih aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah menjadi Pengerusi Malacca Bar Committee pada tahun 1987 dan 1988, dan sehingga sekarang beliau menjadi Pengerusi Kelab Melaka (Malacca Club) sejak tahun 1983.

Muka surat 95 dan 96
Majalah Sekolah, The Optimist

Isu ke 70 Tahun 1991

Comments

Popular Posts