Kata Alu-Aluan Pengarah Pendidikan 1991 Sek Tinggi Melaka

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada sidang redaksi Optimist Sekolah Tinggi Melaka kerana memberi kesempatan kepada saya menyampaikan sepatah dua kata dalam Optimist keluaran kali ini. Syabas kepada Sekolah Tinggi Melaka kerana berjaya menerus dan mengekalkan tradisi menerbitkan majalah Optimist ini.

Sebagai anak didik Sekolah Tinggi Melaka, saya berasa kagum dengan kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Melaka baik dalam bidang akademik mahu pun dalam lapangan ko-kurikulum. Pencapaian akademik dalam peperiksaan-peperiksaan SRP, SPM dan STPM amat membanggakan kerana telah menunjukkan peningkatan pencapaian prestasi yang menggalakkan. Di dalam bidang ko-kurikulum pula, penonjolan di peringkat kebangsaan amat dialu-alukan dan diharap penonjolan ini berterusan. Tahniah kepada keluarga Sekolah Tinggi Melaka seluruhnya.

Pihak pendidik Sekolah Tinggi Melaka harus memastikan agar pencapaian ini dapat diperingkatkan lagi demi mengekalkan nama baik sekolah. Program-program peningkatan akademik dan kegiatan ko-kurikulum serta kegiatan kerohanian hendaklah seimbang. Di samping itu, untuk mencapai matlamt murni ini, soal-soal disiplin harus diberikan keutamaa.

Kita semua sedar bahawa sejak tahun 1826 lagi sekolah ini telah menjadi tumpuan dan perhatian masyarkat Malaysia umumnya dan Melaka khasnya. Oleh itu, pandangan ini perlu diberikan perhatian yang serius dan dikekalkan. Sekolah Tinggi Melaka juga berperanan sebagai salah sebuah institusi sokongan kepada industri pelancongan negeri Melaka. Maka sumbangan ini haruslah dikekalkan sepanjang masa.

Akhir kata, tanggungjawab secara kolektif ini adalah perlu untuk pembangunan ummah ke arah WAWASAN 2020.

"Meliora Hic Sequamur"



Haji Zainal Abidin Bin Haji Ahmad
Pengarah Pendidikan
Melaka
1991

Muka surat 1
Majalah Sekolah - The Optimist
Isu ke 70 Tahun 1991

Comments

Popular Posts