Bekas Guru Sek Tinggi Melaka, En Quek

En Quek Poh Chuan ialah seorang yang menjadi penyuluh dalam bidang pendidikan di Kg. Lime, Tengkera, Melaka. Belia merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Ayah beliau seorang pemandu bas manakala ibunya seorang suri rumah.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Pn. Hee, seorang guru di SMK Seri Kota, Melaka. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu, seorang putera, dan seorang puteri.

Pendidikan Beliau:

Sekolah Rendah : Tranquerah English School 1957 - 1962
Sekolah Menengah : Malacca High School 1963 - 1967

Kerjaya Beliau:

Selepas tamat persekolahan, beliau telah terlibat dalam beberapa pekerjaan sebelum memegang jawatan sebagai Juruteknik Pergigian di Sekolah Latihan Pergigian, di Pulau Pinang. Namun, minat dan cita-cita beliau untuk menjadi seorang pendidik yang membara dalam sanubari beliau telah menyebabkan beliau memohon untuk mengikuti kursus perguruan.

Impian mula menjadi kenyataan apabila beliau telah berjaya dipilih untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Kuala Lumpur pada tahun 1971 dengan beropsyenkan Bahasa Inggeris dan Sejarah.

Setelah tamat latihan perguruan, beliau ditempatkan di sebuah sekolah di Terengganu pada tahun 1973. Di Terengganu, beliau memulakan kehidupan baru sebagai seorang pendidik yang berdedikasi dan memperjuangkan nasib anak didiknya.

Demi menjadi seorang guru yang lebih baik, beliau telah menimba ilmu untuk meluaskan pengetahuannya. Berbekalkan keazaman beliau untuk memperbaiki diri sendiri, beliau telah sanggup menduduki peperiksaan HSC sebagai calon persendirian untuk dua tahun berturut-turut. Usaha beliau ternyata tidak sia-sia kerana beliau telah lulus dengan sijil penuh untuk kedua-dua tahun.

Pada tahun 1975, beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di UKM tetapi sayangnya beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana kegagalan mendapat cuti separuh gaji. Beliau ditawarkan untuk mengikuti Rancangan Pengajian Luar Kampus di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1980 dimana beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian pada tahun 1986 dengan pengkhususan dalam bidang Geografi.

Pengalaman Mengajar:

1973 - 1975 SMK Tengku Ibrahim, Kg. Buloh (Bandar Permaisuri) Setiu, Trengganu
1976 - 1978 SMK Tun Telanai, Kuala Terengganu
1979 - 1980 SMK Tinggi Segamat, Segamat, Johor
1980 - 1985 SMK Seri Mahkota, Umbai, Melaka.
1986 - 2006 SMK Tinggi Melaka

Jawatan disandang semasa di MHS 1986 - 2006:

1 Guru Mata pelajaran Geografi 1 hingga 6
2 Ketua Panitia Geografi dan Bahasa Inggeris
3 Pemeriksa Kertas Bahasa Inggeris SRP dan Geografi Kemanusian STPM
4 Guru Penasihat Persatuan Geografi, Sejarah dan agama Buddha
5 Ketua Guru Rumah Raffles dan St. Francis
6 Guru Olahraga, Tenis dan Renang
7 Penyelia Tingkatan 2
8 Pengurus Pasukan Hoki Junior MHS dalam Kejohanan Hoki Piala Dharma (Sekolah Premier) 2002 -2005 dan Pengurus Pasukan Polo Air MSSNM dalam Kejohanan Akuatik MSSM 2003 - 2006

Kejayaan:

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2001


Muka Surat 82
Majalah Sekolah, The Optimist
2006, 180 years
85th edition

Comments

Popular Posts