Malacca High School, Ketua Pengarang, Azahar 1988

Bersyukur ke hadrat Allah (s.w.t.) kerana sekali lagi kami dapat menghasilkan Majalah Optimist keluaran ke 67. Ini membuktikan kegigihan serta tanggung jawab sidang redaksi.

Pada tahun ini, sidang redaksi tidak dapat menerbitkan semua majalah dan laporan aktiviti kerana untuk menjimatkan kos penerbitan yang semakin mahal. Sebarang kelemahan yang ada terlebih dahulu kami minta maaf. Kepada para pelajar yang telah menyumbangkan makalah dan laporan tetapi tidak disiarkan, diucapkan ribuan terima kasih.

Alam persekolahan adalah saat yang indah dan sukar dilupakan. Pendidikan asas di sekolah memainkan peranan yang besar kepada setiap ahlinya. Di sinilah bermula titik permulaan pembentukan peribadi serta ilmu yang dipelajari. Sekolah Tinggi Melaka telah melahirkan ramai intelektual yang berwibawa. Didikan kasih mesra guru-guru STM telah mewujudkan satu keluarga besar yang harmoni.

Ucapan terima kasih daripada Sidang Redaksi Majalah Optimist ke 67 dan semua ahli keluarga STM yang telah berkerjasama untuk menjayakan penerbitan ini.

Azahar Hashim
Ketua Pengaran

Muka surat 7
Majalah sekolah, The Optimist

1988 Isu ke 67

Comments

Popular Posts