Kata Aluan Menteri Pelajaran Malaysia Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Syabas atas kejayaan Sidang Redaksi Malacca High School menghasilkan majalah ini serta setinggi-tinggi penghargaan kerana memberi ruang untuk saya menurunkan sepatah dua kata di ruangan ini.

Source : www.kualalumpurpost.net

Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang berilmu dan berpendidikan tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan diri setiap individu. Manusia yang berjaya adalah manusia yang berilmu, berakhlak mulia dan berketrampilan hasil kecerdikan akalnya, kesederan dalaman dan kesejahteraan jasmaninya. Hasrat untuk melahirkan manusia yang mempunyai ciri-ciri berkenaan boleh dicapai sekiranya para pendidik komited, berdedikasi dan bersungguh-sunggih menjalankan tugas selain bersedia melaksanakan perubahan.

Para pelajar pula dituntut melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam usaha yang mewujudkan generasi bestari dan berdaya saing. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam menguasai ilmu amat diperlukan.

Kita semua bertanggungjawab melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia dan mampu memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sejajar dengan itu, pengetua, guru-guru dan tokoh-tokoh pendidikan perlu memainkan peranan sewajarnya dalam usaha mencapai kecemerlangan agar transformasi sosial yang kita inginkan menjadi kenyataan.

Menyedari hakikat itu, Kementerian Pelajaran telah menggubal dasar, mengadakan program dan mengambil pendekatan yang wajar bagi memastikan sistem pendidikan negara relevan dengan keadaan semasa. Perubahan yang dilaksanakan pastinya akan membawa semangat baru bagi mengukuhkan lagi hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa serta kedudukan negara di peringkat antarabangsa.

Sesungguhnya kecemerlangan bangsa meraih banyak pengorbanan dan kesungguhan usaha semua pihak. Pelajar-pelajar dan guru-guru generasi hari inilah ditumpahkan semua harapan untuk meerealisasikan sebuah masyarakat Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Selamat Maju Jaya,



+Hishammuddin Hussein

Muka Surat 3, Majalah Sekolah Tinggi Melaka
The Optimist, 2006, 85th edition, 180 years

Comments

Popular Posts