Asrama Putera STM 1984

Ketua Pengawas: Muhammad Rahdi Musa
Penolong Ketua Pengawas: Osman Ismail

Setiausaha: Mohd. Kalil bin Hashim

Bendahari: Khairizan Azizi

Guru-guru Pengawas Asrama:
En. Mohammad bin Ismail
Tuan Hj. Kadir bin Md Nor
En. Mohd Rejab bin Abdullah
En. Jaheni bin Hj. Sidek
En. Mohd Rashid bin Mohd. Sidek
Ustaz Ahmad Sharkawi bin Suhaili

Sehingga 6hb Jun 1984, bilangan asramawan telah meningkat seramai 311 orang.

Tkn. 1 seramai 53 orang
Tkn. 2 seramai 64 orang
Tkn. 3 seramai 57 orang
Tkn. 4 seramai 56 orang
Tkn. 5 seramai 40 orang
Tkn. 6 seramai 27 orang

Bilangan asramawan yang begini ramai telah diawasi oleh 2 orang pengawas asrama sepenuh mas iaitu Cikgu Jaheni Hj. Sidek dan Cikgu Mohd. Rashid bin Mohd. Sidek.

Pihak asrama telah dibekalkan dengan berbagai-bagai kemudahan termasuklah sebuah perpustakaan, pembesar suara, 'water-cooler', surau, televisyen, telefon awam dan alatan sukan. Dengan adanya kumudahan-kemudahan yang telah disediakan, berbagai-bagai aktiviti dan projek asrama dapat dilaksanakan.

Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di asrama ini termasuklah:


  1. Lawatan ke Singapura yang disertai oleh seramai 40 orang asmarawan pada 20.4.1984.
  2. Mengadakan pertandingan sukan di kalangan asramawan.
  3. Mengadakan malam ria.
  4. Menggiatkan lagi kegiatan keagamaan seperti majlis Usrah, membaca Yassin, Taklim dan beberapa siri ceramah agama.
  5. Mengadakan kempen-kempen kebersihan.
  6. Mengadakan kelas-kelas tambahan bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki periksaan S.R.P.
  7. Menubukan sebuat Tabung Kebajikan.
Asrama Putera tidak banyak menghadapi masalah-masalah yang rumit kerana peranan yang dimainkan oleh jentera pentadbiran dan asramawan sendiri yang sering bekerjasama. Masalah yang timbul hanyalah dari segi kemudahan-kemudahan yang masih banyak diperlukan terutama dengan jumlah buku-buku rujukan yang masih belum lengkap di perpustakaan asrama.

Dalam meningkatkan prestasi sekolah, samada di bidang akademik atau pun ko-kurikulum, asrama sama-sama perperanan ke arah ini. Antaranya, termasuklah meningkatkan lagi waktu belajar dan menyediakan sebuah perpustakaan di samping menggalakkan asramwan melibatkan diri dalam setiap bidang.

Kami bagi pihak asmarawan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih di atas peranan yang telah dimainkan oleh jentera pentadbiran dalam usaha menjaga kebajikan kami di asrama ini.

Sekian. Terima kasih.

'Bermesra Bersatu'

Muka surat 25 Isu 63 Tahun 1984
Majalah Sekolah, The Optimist
(Untuk Kenangan)

Comments

Popular Posts