From The PIBG MHS

Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk memberikan sepatah duat kata aluan-aluan bagi Majalah OPTIMIST Sekolah Tinggi Melaka untuk tahun 1984.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Sidang Pengarang yang telah berjaya menerbitkan majalah Tahunan Sekolah ini bagi kali ke 63. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian pihak Sidang Pengarang memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan kata-kata alu-aluan ini.

Selaku Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah ini, saya anggap usaha menerbit majalah ini sebagai suatu usaha pelajar-pelajar yang baik bagi memaparkan bakat murid-murid dalam berbagai bidang samada di bidang akademik mahu pun kegiatan luar bilik darjah.

Inginlah saya mengingatkan murid-murid sekalian bahawa pencapaian akademik yang tinggi dan lebih cemerlang perlukan ketekunan dan disiplin murid-murid. Dalam dunia kini yang mana Computer Teknologi begitu maju sekali, fikiran murid-murid juga hendaklah sentiasa berubah dan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai cita-cita yang diingini dalam suasana yang begitu persaingan.

Dalam masyarakat kita, semua murid, tidak kira apa bangsa pun hendaklah berkerjasama tolong-menolong di antara satu sama lain. Semangat muhibah dan perasaan cinta di antara semua murid adalah sangat penting kerana kemakmuran dan keamanan negara dapat terjamin.

P.I.B.G. sentiasa memberi kerjasama dalam apa juga bentuk sama ada dari segi tenaga mahupun bantuan.

Mudah-mudahan dengan kerjasama dari P.I.B.G. sekolah ini akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Terima kasih.


Lim Teik Mei SMP. DSM. KMN. AMN. PJK
Pengerusi
P.I.B.G. Sekolah Tinggi Melaka
1984-1985

Muka surat 3
Majalah sekolah, The Optimist
(Untuk Kenangan)

Comments

Popular Posts