Sek Tinggi Melaka | Penolong Kanan 1984

Sidang Redaksi majalah OPTIMIST mengalu-alukan kedatangan En. Mohamad bin Hj. Ismail sebagai penolong kanan yang baru sekolah ini. Beliau telah didatangkan untuk menggantikan tempat Tn Hj Hussain bin Hashim yang telah dilantik sebagai pengetua Sekolah Menengah Rahmat, Kuala Sungai Baru, Melaka.

Lulusan dari Universiti Malaya tahun 1973, En. Mohamad bin Hj. Ismail sebelum ini ialah pemangku pengetua Sekolah Menengah Seri Tanjung. Telah berkhimat dalam bidang pendidikan selama 29 tahun.

Sidang redaksi OPTIMIST yakin beliau akan dapat memberikan kepimpinan yang berkesan ke arah kemajuan, dan perubahan terhadap 'establishment' sekolah ini.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas.

Sidang Redaksi
Optimist 1984

Muka surat 6 Majalah Sekolah
The Optimist Isu 63 Tahun 1984

Comments

Popular Posts