Kata-kata Aluan 1984 Sek Tinggi Melaka

Bismillahirrahmanirrahim

Syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah Optimist 1984 khasnya dan Sekolah Tinggi Melaka umumnya kerana berjaya menerbitkan majalah tahunannya ini.

Kejayaan ini mencerminkan dedikasi dan kesungguhan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah ini dalam mendokumentasikan perkembangan-perkembangan sekolah ini sepanjuang tahun bagi dijadikan kenangan dan renungan terutamanya kepada pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah yang akan berhenti atau bertukar.

Majalah ini juga dapat memberikan peluang kepada pelajar-pelajar sekolah ini untuk mengenengahkan bakat mereka di bidang penulisan dan seterusnya mengemukakan pendapat mereka untuk kepentingan bersama.

Di zaman negera sedang melangkah dengan deras ke arah mencapai kemajuan dan kemakmuran, bidang komunikasi massa menjadi semakin perlu bagi mempastikan kesan timbal-balik informasi yang lebih berkesan dan menyeluruh.

Saya yakin dengan adanya pernerbitan majalah seperti ini, proses interaksi ini dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih sihat di peringkat sekolah.

Sekian.

"Selamat Maju Jaya"

Datuk Seri Rahim Tamby Chik
Ketua Menteri
Melaka

Untuk kenangan dan renungan
di muka surat pertama, Majalah Sekolah, The Optimist
Isu ke 63 Tahun 1984

Comments

Popular Posts