Sekapur Sirih kepada Melaka High
Saya mengucapakan terima kasih kepada Sidang Redaksi kerana sudi memberi kesempatan untuk saya merakamkan sepatah dua kata di dalam majalah "The Optimist" keluaran yang ke 63.
Sesungguhnya Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menjadi hasrat dan aspirasi negara akan cepat tercapai jika sekiranya generasi muda bukan sahaja berilmu pengetahuan bahkan juga diasuh dan dididik menjadi rakyat yang berpotensi dan berkualiti. Justeru itu pelajar-pelajar haruslah mempunyai kesungguhan, kesabaran, kerajinan serta kecekalan lebih-lebih lagi menerokai bidang baru seperti sains dan teknologi, perdagangan, perindustrian dan petroleum. Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar haruslah melibatkan diri di dalam pertandingan yang sihat ke arah mempertingkatkan tahap kecemerlangan di sektor yang baru diterokai.
Pada hemat saya disamping pelajaran, generasi muda haruslah juga diterapkan dengan nilai-nilai yang murni, didikan agama, akhlak mulia, dedikasi, bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Insya' Allah dengan demikian, barulah lahir rakyat yang berkualiti serta cintakan bangsa, agama dan nusa. Keadaan ini sudah tentulah menjadi kebanggaan kepada negara.
Sebagai sebuah sekolah yang tertua dan ternama, masyarakat mempunyai hasrat dan harapan yang tinggi, semoga pelajar-pelajar sekalian tidak menghampakan harapan mereka.
"Selamat Maju Jaya"
Mohd Ali Bin Mohd KMN. BCK. PJK.
Pengarah Pelajaran
Melaka
1984
Muka surat kedua
Majalah Sekolah, The Optimist
Isu 63 Tahun 1984
(untuk kenangan dan renungan)

Comments
Post a Comment