Optimist Sek Tinggi Melaka | Guru Penasihat 1984

'OPTIMIST' yang merupakan majalah tahunan sekolah ini telah menempoh perkembangannya selama 63 tahun. Dengan terbitnya isu ke 63 ini, majalah ini sudah seharusnya dapat menggambarkan kematangan dan keupayaannya dengan memaparkan berbagai-bagai perkembangan Sekolah Tinggi Melaka selama setahun.

Usaha bagi menerbitkan sebuah majalah yang berkualiti menjadikan sidang redaksi sekolah ini begitu optimistik untuk menghasilkan majalah tahun ini sesuatu yang lebih baik dari masa-masa lalu. Sama ada dari segi persembahan, teknik, kandungan, mutu dan nilai estetik yang boleh dicetuskannya.

Sebagai penasihat, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sidang redaksi 'OPTIMIST' yang telah berusaha bersungguh-sungguh menjayakan penerbitan ini. Mesyuarat demi mesyuarat dan perbincangan-perbincangan ttelah diadakan untuk mencapai suatu usaha yang baik.

Dengan harapan ini juga, kami dengan sukacitanya mengemukakan majalah 'OPTIMIST' 1984 ini untuk tatapan dan kenang-kenangan semua pihak. Majalah ini seharusnya merupakan aspirasi pelajar-pelajar dan guru-guru Sekolah Tinggi Melaka amnya.

Sekian. Selamat Maju Jaya.


Abd. Rahim Abd. Rashid
Guru Penasihat
Majalah Optimist

Muka surat 5, The Optimist, Isu 63 Tahun 1984

Comments

Popular Posts