Persatuan Pelajar Islam 1981/1982 Sek Tinggi Melaka

Pengerusi: Abu Karim bin Ali
Naib Pengerusi: Mohd. Raini bin Mat Rahim
Setiausaha: Amran bin Yusof
Naib Setiausaha: Abu Zaki bin Abdullah
Bendahari: Siti Hasbsah bte Mohammad
Juruodit: Mizan bin Hitam
Guru Penasihat: Ustaz Ramly bin Mahmood, Ustaz Abu Kher bin Ahmad, Ustaz Jamiah bte Hassan

Persatuan Pelajar Islam telah ditubuhkan sekian lama atas inisiatif para pelajar dan guru-guru Islam di sekolah ini, bertujuan untuk membimbing para pelajar Islam mengikuti segala program yang telah disusun berlandaskan prinsip-prinsip keislaman.

Antara aktivit yang kami jalankan ialah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa buah tempat di Kuala Lumpur pada 19hb. September 1981. Tempat yang kami lawati termasuklah PERKIM, INDAH dan Yayasan Anda. Kami juga telah menganjurkan satu majlis ceramah agama sempena menyambut tahun baru Hijrah, serta beberapa ceremah agama yang lain. Wakil kami ke pertandingan bahas telah berjaya menyandang gelaran Naib Johan bagi peringkat negeri Melaka, iaitu dalam perbahasan antara sekolah-sekolah. Kami juga telah berjaya menerbitkan majalah "An Nur" dan sambutannya di kalangan para pelajar amatlah menggalakan. Di samping itu aktiviti-akitiviti lain seperti Usrah dan kelas Fardhu Ain juga sering diadakan.

Di sini ingin kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru penasihat kami dan semua yang terlibat di dalam menggerakkan persatuan ini. Semoga bakti mereka diberkati Allah s.w.t. hendaknya.

Insyaallah.

Wassalam.

Muka Surat 55
61st Issue 1982
The Optimist

Comments

Popular Posts