Kelab Fencing Sek Tinggi

Guru Penasihat: En. Chen Kim Fatt
Presiden: Zulkeflee Sa'adon
Naib Presiden: Bernard Lye
Bendahari: Jasman Ali
Ahli Jawatankuasa: G. Murali, Bujal Che'mat, Tan Ban Heng

Latihan sering dijalankan pada setiap minggu dengan tunjuk-ajar seorang pelatih. En. Ronnie Theseira yang telah sudi melatih ahli-ahli kami. Kami sungguh terhutang budi dengan khidmat yang telah diberikannya.

Dalam Pertandingan Fencing Terbuka Malaysia yang telah berlangsung di Gymnasium Theseira Fencing School pada 7hb. Jun 1982, dua orang pemain kita telah berjaya menduduki tempat ke-5 dan ke-6. Walau bagaimanapun ini merupakan suatu kebanggaan terutamanys kepada pendatang baru dalam sukan ini.

Persatuan Fencing Amator Melaka telah memberi peluang kepada semua murid Sekolah Tinggi Melaka untuk menjadi ahli dan berlatih dibawah pelatih profesional. Kami harap murid-murid semua tidak akan melepaskan peluang keemasan ini begitu sahaja.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru penasihat, En. Chen yang telah banyak menolong kami dalam hal menguruskan kelab ini.

Muka Surat 74
61st Issue 1982
The Optimist

Comments

Popular Posts