Salam Takzim Daripada Ketua Pengawas Sek Tinggi 1996

Ribuan terima kasih, saya sampaikan kepada Sidang Majalah Optimis 1996 kerana member kesempatan kepada saya menulis sepatah dua kata dalam majalah kebanggaan kita ini.

Selama tujuh tahun saya menuntut di sekolah ini, banyak pengalaman pahit dan manis telah saya tempuhi. Walaupun keberatan untuk meninggalkan sekolah ini, namun saya berasa amat betuah menjadi sebahagian daripada keluarga MHS. Segala tunjuk ajar yang diarahkan oleh guru-guru di sini akan saya jadikan pedoman dalam hidup saya kelak.

Tugas Lembaga Disiplin dan Badan Pengawas memang mencabar … Para pengawas sentiasa berusaha memastikan suasana di sekolah sentiasa terkawal. Lantas, kerjasama daripada guru-guru, ibu bapa dan para pelajar diperlukan agar matlamat kita untuk melahirkan keluarga yang harmoni mampu dicapai. Selain itu, saya ingin menyeru semua pelajar MHS menyemai semangat cintakan sekolah dan sentiasa memastikan sekolah ini terus dikagumi baik dari segi akademik mahupun ko-kurikulum.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua, Guru-guru Disiplin terutamanya Encik Hong Tiong Swee, guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar sekalian atas tunjuk ajar dan sokongan padu mereka sepanjang tempoh perkhidmatan saya. Tidak ketinggalan juga kepada Timbalan Ketua Murid, saudara Yoong Swie Leong, Setiausaha, saudara Yap Yeow Han, Penolong Setiausaha, saudara Kenny Mah, Bendahari, saudari Mastura Yunan, Ketua-ketua Kumpulan dan para pengawas Senior serta Junior sesi 95/96 atas dedikasi dan itizam yang ditunjukkan oleh merekat dalam menjalankan tugas. Kepada Badan Pengawas sesi 96/97 semoga anda Berjaya dalam melaksanakan yang diamanahkan.

Salam hormat daripada saya kepada semua anggota keluarga MHS.
“Meliora Hic Sequamor

Tan Chin Heng
Ketua Murid MHS 1995/96
Muka Surat 5
Edisi 75, Majalah The Optimist
Sini Terdidiknya Manusia

Comments

Popular Posts