12 pelajar STM dapat 5A , Tahun 1996

Melaka 22 Mac – Usaha Sekolah Tinggi Melaka (STM) mewujudkan pasukan guru bekelompok Berjaya menghasilkan 12 pelajar mendapat 5A dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 1996 yang diumumkan hari ini.

Pengetua STM, Mohd. Zin Abdul Hamid berkata, guru yang berpengalaman dalam sesuatu mata pelajaran akan mencurahkan ilmunya kepada guru baru bagi membolehkan para pelajar mudah memahami mata pelajaran berkenaan.

 “Selain itu, guru yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu mata pelajaran juga diminta mengadakan seminar kepad murid-murid,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Sebanyak 291 pelajar sekolah tersebut mengambil peperiksaan STPM pada tahun lalu dan dari jumlah tersebut hanya seorang sahaja yang gagal.

Sekolah ini juga Berjaya mencatatkan bilangan paling banyak menerima 5A di negeri ini iaitu 12 orang, diikuti dengan Sekolah Menengah Gajah Berang (6) dan Sekolah Menengah Munshi Abdullah (3).

Sementara itu, Yong Swie Leong 19, berkata, kejayaannya meraih 5A dalam STPM tahun lalu adalah disebabkan mengamalkan proses pembelajaran secara berterusan dan hasil bimbingan para guru.

Michele Choo 20, pula berkata, kejayaannya mendapat lima A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Ekonomi adalah disebabkan oleh usaha yang tekun dan tidak mengamalkan belajar di saat-saat akhir.

Sharon Tay, 20 berkata, keluarga dan guru banyak member sokongan dan bantuan sehingga membolehkan beliau Berjaya mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada peperiksaan STPM tahun lalu.

Chan Chai Hwa, 20, pula menasihatkan rakannya yang tidak Berjaya meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan kali ini agar tidak mudah kecewa dan berputus asa.

Sumber: Utusan

Muka Surat 30
Eidisi 75
Majalah The Optimist 1996

Comments

Popular Posts