Persatuan Bulan Sabit Merah STM 1982

Penaung:
En. Chan Ying Tat AMN. PJK. Pengetua
Guru-guru penasihat:
En. Salim Haji Tahir
En. Syed Ali Abu Bakar
En. Wee Ming Yong
En. Tan Seng Yu
Puan Leong Swee Song

Ketua Pasukan:
P.O. Leo Khang Meng
Pemimpin Rekrut:
HSL Paul Lee Boon Haw
Pen. Pemimpin Rekrut:
SL Syubas Chandra
ASL Hizam Shah Omar
Setiausaha:
HSL Trumen Wee
Penolong Setiausaha:
SL How Tian Soo
Bendahari:
SL Chew Kay Teck
SL Ong Guan Heng
Kuartermaster:
Saifudin Ramli
Ketua Bahagian:
SL Zulkifli Saadon
SL Yeow Soon Lee
SL Goh Kim Tuan
SL Gerald Lee

Persatuan Bulan Sabit Merah bukan sahaja memberi perkhidmatan cemas bahkan ia memainkan peranan yang lebih penting lagi dalam kegiatan-kegiatannya. Buat masa ini terdapat lebih daripada 100 orang ahli termasuk rekrut-rekrut dan kehaidran pada setiap mesyuarat yang diadakan sekali seminggu sangatlah menggalakkan.

Di antara rancangan-rancangan persatuan ini yang telah dijalankan ialah perlawanan persahabatan bola sepak di antara persatuan ini dengan pasukan Pengakap. Tujuan mengadakan perlawanan tersebut ialah untuk mengeratkan lagi perhubungan persahabatan di antara anggota-anggota kedua-dua pergerakan tersebut.

Pada awal tahun ini, kad-kad Tahun Baru Cina anjuran persatuan ini bersama Persatuan Mini Zoo telah merupakan suatu projek yang sangat berjaya terutama sekali dengan sambutan yang telah diberikan oleh murid-murid sekalian.

Persatuan ini juga telah menyediakan beberapa orang ahlinya dengan alat-alat pertolongan cemas yang lengkap untuk digunakan dalam pertandingan renang MSSM yang telah diadakan baru-baru ini. Semasa Hari Ucapan sekolah ini dan Hari Merentas Desa, persatuan ini juga telah menyumbangkan tenaga ahli-ahlinya untuk menentukan aktiviti-aktiviti sekolah tersebut berjalan dengan lancar.

Ahli-ahli persatuan ini juga telah mengadakan lawatan ke Rumah Kanak-kanak Cacat di Tanjung Kling dalam bulan Jun lalu untuk menghiburkan kanak-kanak cacat di sana. Kami telah membawa bersama kami makanan untuk dihidangkan kepada kanak-kanak di situ.

Persatuan ini juga telah bermurah hati mengadakan derma kepada ibu seorang murid sekolah ini yang memerlukan perubatan segera.

Tidak juga ketinggalan ucapan terima kasih yang ingin disampaikan kepada pasukan kadet kerana bantuan yang telah diberikan dalam latihan kawad bagi ahli-ahli persatuan ini.

Akhir sekali kami ingin mengucapkan ribuan kasih kepada guru-guru penasihat persatuan ini terutamanya Cikgu Salim bagi bimbingan yang telah diberikannya selama ini.

Muka Surat 56 dan 57
61st Issue 1982
Majalah Sekolah - The Optimist.

Comments

Popular Posts