Pancaragam Kadet STM 1982
Guru Pancaragam: En. Choong Choe Hin
Drum Major: Latib bin Senin
Staff Sgt.: David Khoo Kim Ling
Setiausaha: Arif bin Yusa
Bendahari: Shaihand Iskandar
Lain-lain NCO: Sgt. Cheong Kon San, Sgt. Fooh Sieh Chi, Kpl. Deraffin Hashim, Kpl. Saifulzaman Salleh, Kpl. Leong Tot Yan, Kpl. Tay Boon Hoi, Kpl. Ngim Chin Ek.
Pada penggal pertama, Pasukan Pancaragam Kadet Sekolah Tinggi Melaka ini telah mempunyai ahli seramai 72 orang. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5. Latihan diadakan sebanyak tiga kali seminggu. Kesemua latihan adalah di bawah pimpinan Drum Major, N.C.O. dan guru pancaragam kami sendiri, En. Choong Choe Hin.
Disiplin memainkan peranan yang penting dalam setiap ahli pancaragam yang baru, di mana ahli-ahli mesti mengikuti masa yang telah ditetapkan oleh guru penasihat kami, yang sentiasa mengambil berat terhadap ahli-ahli yang menjalani latihan pancaragam.
Dalam penggal kedua pula, alat-alat pancaragam baru telah dibeli. Tujuannya ialah supaya kesemua ahli pancaragam dapat bermain dengan lebih bersemangat dan baik lagi. Pasukan pancaragam kami telah diundang untuk bermain di Majlis Kejohanan Renang dan Polo Air di Kolam Renang Melaka Tengah. Ini adalah merupakan acara pertama bagi pancaragam ini. Selain dari itu pasukan kami juga mengambil bahagain dalam Sukan Tahunan Sekolah dan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah sekolah ini.
Pada tahun ini juga pasukan kami telah terpilih untuk menyertai perbarisan bagi meraikan ulangtahun ke 25 kemerdekaan negara di Kuala Lumpur, bersama-sama dengan 49 buah sekolah yang lain di Semenanjung Malaysia.
Akhir kata, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru penasihat pancaragan kami, En. Choong di atas segala jasa beliau dalam memberi bimbingan kepada pancaragam kami selama ini.
Muka Surat 70
61st Issue 1982
Majalah Sekolah - The Optimist

Comments
Post a Comment