Salam Daripada Ketua Sidang Redaksi 1995/96

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita menerbitkan sekali lagi Majalah Optimis kali yang ke 75. Usaha melahirkan sebuah majalah yang bermutu dan mampu memaparkan semua aspek sekolah bukanlah mudah. Pelbagai pancaroba yang rumit dan mencabar perlu dihadapi. Semestinya dalam usaha untuk menerbitkan Majalah seumpama ini, kerjasama dan komitmen setiap ahli Sidang Redaksi merupakan factor utama bagi mencapai perspektif keluarannya yang lebih berkualiti dan bermutu.

Secara kesuluruhan, MHS telah sekali lagi menegakkan namanya dan membuktikan bahawa ia adalah sekolah yang terulung bukan sahaja di bumi Hang Tuah, malah di seluruh Malaysia. Kejayaan demi kejayaan dicapai. Keputusan akademik terus menyinar dan kecemerlangan dalam ko-kurikulum diulangi. Bakat terpendam pelajar-pelajar MHS terserlah. Guru-guru berdedikasi dan mengambil inisiatif untuk memastikan MHS mengekalkan tarafnya sebagai sebuah institusi pengajian yang unggul serta unik.

Adalah menjadi harapan kami agar setiap murid dan guru MHS akan menghayati majalah ini dengan penuh nostalgia dan kenangan manis tanpa terasa ketinggalan daripada menjadi sebahagian daripada MHS.

Sesungguhnya, sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam majalah keluaran tahun ini, amat kami kesali.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Sidang Redaksi 1996/97 yang telah bertungkus-lumus berkerjasama dengan saya untuk merealisasikan keluaran majalah tahun ini. Tidak ketinggalan juga guru penasihat kami, Encik Rani, Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan kami.

Salam hormat daripada seluruh anggota Sidang Redaksi untuk semua ahli keluarga Sekolah Tinggi Melaka.

Meliora Hic Sequamor
Sini Terdidiknya Manusia

Ketua Editor 1996/97
Sevugan a/l Alagappan
Muka Surat 6
Edisi 75 The Optimist 1996

Comments

Popular Posts